Tuesday, May 28, 2013

saya.kerja.kamu


Haluuuuuuuuuuuuuuu semua...jom sembang sikit...kali ni berkenaan isu dalam karier baru rindasahara sekarang...sekarang rindasahara segala-galanya,tukang sapu,cashier,penerima invois,punch harga,tecnician pon rindasahara boleh jadi...hehehe...jommmmmmm check it out...

Kerjaya sekarang menuntut pengorbanan masa,tenaga dan pelbagai lagi dari rindasahara..penat jangan dikata,apatah lagi memikirkan pelbagai perkara..ingat senang nak jalankan sebuah kedai...walaupun hanya kedai kecil...haaa...rindasahara bukan businesswoman tau...rindasahara cuma seorang pembantu dalam menguruskan sebuah kedai...dan di sini adalah beberapa isu yang perlu diclearkan oleh rindasahara...

Isu kenaikan harga barang...
"Sekarang barang ni yang turun cuma dari lori je,lain-lain semua naik"
kata-kata seorang makcik yang membeli barang dapur mencuit hati kami..tetapi itulah realitinya...kenaikan harga barang bukan isu baru...dan agak memberi tekanan apabila pengguna atau customer mempertikaikan harga yang diberikan...ermmm...kadang-kadang timbul rasa gelihati,sebabnya si customer salah tengok barang...nak beli barang cap buaya tapi tengok harga barang cap ayam...kemudian bermati-matian juga mempertahankan harga cap ayam tu...macam macam saja kan...hehehe...

Isu plastik 20 sen setiap sabtu
Rindasahara terpanggil untuk memberi komen berkenaan isu bayaran 20 sen untuk beg plastik pada setiap hari Sabtu SAHAJA..tahukah kita bahawa ini adalah salah satu kempen HIJAU dari kerajaan dalam mengurangkan penggunaan beg plastik..malah digalakkan membawa beg sendiri dari rumah..dan wang dari hasil itu akan didermakan kepada kelab pencinta alam sekitar..jika rasa berat hati mahu mem'beli' plastik,kami menyediakan kotak-kotak dengan PERCUMA pada sepanjang hari Sabtu..dan tahukah anda bahawa kami akan dikenakan siasatan domestik (domestic inquiry) jika menscan harga plastik selain dari hari Sabtu?jika anda merasakan perkara yang serupa,rindasahara nak minta anda perbetulkan mindset anda..sejujurnya,rindasahara dah tak sanggup dan tak mampu melihat tekanan pada adik-adik cashier apabila terpaksa menjawab berkenaan isu beg plastik pada hari sabtu ini..

Isu kualiti barang yang ditawarkan...
ini satu lagi isu yang rindasahara lagilah tak faham pada mulanya...tak faham apabila customer komplen barang sekian-sekian tidak menepati kuatili beliau...encik,apa kata encik saja jadi QC kat kilang tersebut kan...haaaaaaaa....suka diingatkan bahawa 99 Speed Mart TIDAK bertanggungjawab diatas liabiliti KUALITI barang yang dijual...maksudnya,jika anda datang ke 99 Speed Mart dengan barang yang sudah melepasi tarikh luput,sudah dimakan tikus,dan sewaktu dengan itu,kami terima..TETAPI jika anda datang hanya mahu mempersoalkan kenapa warna kulit telur ayam kampung ini berwarna warni,sila rujuk kepada pengedar..kami hanya orang tengah yang menjualkannya kepada anda..wah...bernas sungguh ayat rindasahara ye...hehehe...

Apa-apa pun,rindasahara enjoy dengan karier sekarang,walaupun penat,tertekan,dan pelbagai lagi masalah membelenggu,rindasahara anggap ia sebagai satu pengalaman yang bermakna...rindasahara juga sedang belajar,dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam karier baru ini...eh...apa kerja cik rinda ni ye...ermmmm....

Rindasahara:nanti sambung lagi ye...bubui...adiosssa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...