Thursday, July 18, 2013

Jika hari ini...

Jika hari ini dia masih di sisiku...
Dia akan tersenyum meyahut panggilan dari jauh...
Bertanyakan khabar dan mengira masa...
Untuk kembali menikmati saat indah bersama...

Jika hari ini dia masih di sisiku...
Dia akan mengucap sepenuh syukur kepada Yang Satu...
Akhirnya ada yang sudi mengambil amanah yang terpikul...
Walau sayu...

Jika hari ini dia masih di sisiku...
Dia akan meraikan kejayaanku...
Kejayaan kami...
Berkat kesabaran dalam menempuhi kepayahan...
Perjuangan hidup...

Jika hari ini dia masih di sisiku...
Dia akan tersenyum penuh bahagia...
Melihat aku merealisasikan impiannya...
Melihat aku dari kaca mata berbeza...
Melihat aku tersenyum kembali kepadanya...

Andai jika menjadi realiti...
Sengsaraku bukan disini...

Tak mengapa...keredhaan itu mengatasi rasa...
Tak mengapa...rentetan perjalanan ini mengenangi lewat usia...

Walau dia tak lagi di sisi...
Ku yakin dia senantiasa memerhati...
Senantiasa mensyukuri...

Tuhan...harapan hambaMU ini...
Segala limpahan rahmat kepadanya Tuhan,limpahilah...

Amin...

*tribute to: My Beloved Dad (07.10.1939-14.07.2006)

...al-Fatihah...

Tuesday, May 28, 2013

saya.kerja.kamu


Haluuuuuuuuuuuuuuu semua...jom sembang sikit...kali ni berkenaan isu dalam karier baru rindasahara sekarang...sekarang rindasahara segala-galanya,tukang sapu,cashier,penerima invois,punch harga,tecnician pon rindasahara boleh jadi...hehehe...jommmmmmm check it out...

Kerjaya sekarang menuntut pengorbanan masa,tenaga dan pelbagai lagi dari rindasahara..penat jangan dikata,apatah lagi memikirkan pelbagai perkara..ingat senang nak jalankan sebuah kedai...walaupun hanya kedai kecil...haaa...rindasahara bukan businesswoman tau...rindasahara cuma seorang pembantu dalam menguruskan sebuah kedai...dan di sini adalah beberapa isu yang perlu diclearkan oleh rindasahara...

Isu kenaikan harga barang...
"Sekarang barang ni yang turun cuma dari lori je,lain-lain semua naik"
kata-kata seorang makcik yang membeli barang dapur mencuit hati kami..tetapi itulah realitinya...kenaikan harga barang bukan isu baru...dan agak memberi tekanan apabila pengguna atau customer mempertikaikan harga yang diberikan...ermmm...kadang-kadang timbul rasa gelihati,sebabnya si customer salah tengok barang...nak beli barang cap buaya tapi tengok harga barang cap ayam...kemudian bermati-matian juga mempertahankan harga cap ayam tu...macam macam saja kan...hehehe...

Isu plastik 20 sen setiap sabtu
Rindasahara terpanggil untuk memberi komen berkenaan isu bayaran 20 sen untuk beg plastik pada setiap hari Sabtu SAHAJA..tahukah kita bahawa ini adalah salah satu kempen HIJAU dari kerajaan dalam mengurangkan penggunaan beg plastik..malah digalakkan membawa beg sendiri dari rumah..dan wang dari hasil itu akan didermakan kepada kelab pencinta alam sekitar..jika rasa berat hati mahu mem'beli' plastik,kami menyediakan kotak-kotak dengan PERCUMA pada sepanjang hari Sabtu..dan tahukah anda bahawa kami akan dikenakan siasatan domestik (domestic inquiry) jika menscan harga plastik selain dari hari Sabtu?jika anda merasakan perkara yang serupa,rindasahara nak minta anda perbetulkan mindset anda..sejujurnya,rindasahara dah tak sanggup dan tak mampu melihat tekanan pada adik-adik cashier apabila terpaksa menjawab berkenaan isu beg plastik pada hari sabtu ini..

Isu kualiti barang yang ditawarkan...
ini satu lagi isu yang rindasahara lagilah tak faham pada mulanya...tak faham apabila customer komplen barang sekian-sekian tidak menepati kuatili beliau...encik,apa kata encik saja jadi QC kat kilang tersebut kan...haaaaaaaa....suka diingatkan bahawa 99 Speed Mart TIDAK bertanggungjawab diatas liabiliti KUALITI barang yang dijual...maksudnya,jika anda datang ke 99 Speed Mart dengan barang yang sudah melepasi tarikh luput,sudah dimakan tikus,dan sewaktu dengan itu,kami terima..TETAPI jika anda datang hanya mahu mempersoalkan kenapa warna kulit telur ayam kampung ini berwarna warni,sila rujuk kepada pengedar..kami hanya orang tengah yang menjualkannya kepada anda..wah...bernas sungguh ayat rindasahara ye...hehehe...

Apa-apa pun,rindasahara enjoy dengan karier sekarang,walaupun penat,tertekan,dan pelbagai lagi masalah membelenggu,rindasahara anggap ia sebagai satu pengalaman yang bermakna...rindasahara juga sedang belajar,dalam menjadi seorang yang lebih baik dalam karier baru ini...eh...apa kerja cik rinda ni ye...ermmmm....

Rindasahara:nanti sambung lagi ye...bubui...adiosssa....

Wednesday, May 15, 2013

Usaha pada ilmu..

Haluuuuuuuuuuuu...kali ni rindasahara nak menyawang lagi...bersempena hari guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun...kepada guru-guru rindasahara,walaupun mengajarkan rindasahara cuma cara nak buka pen,walaupun cuma memberi tunjuk arah...termasuk sang miaw2 yang mengajar rindasahara jadi seorang yang tacin dan penyabar...apakah...sampai kuceng terlibat sama...sangat tak kelakar...okai...teruskan sambungan....

Di kala dah meningkat usia tua inilah baru rindasahara sedar,banyak ilmu diperolehi dari jalanan itu mengajar kita menjalani hidup...bukan sahaja mentelaah buku dengan teori yang pelik-pelik itu...malah dengan berembang dengan jiran sebelah rumah pun kita tahu...oooo, rumah cantik berwarna ungu...sedap juga resipi air sirap limau campur aiskrim kan...dari jiran yang memberi petua dan resipi...itulah itu...hehehe...

Namun ada kalanya kita terlupa...yelah,sudah berdegree mana nak dengar kata-kata orang berSPM aje...sungguh comel juga kan...ohhh please...jangan terlalu bongkak dengan degree sekeping kamu itu boleh tak?dan rindasahara adalah kalanya begitu...kan...kantoi...errrr....

Apa-apa pun...selamat hari guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik rindasahara dari kecil sampailah kini...dan kepada abang rindasahara yang juga seorang guru...okay,adikmu memang degil tak jadi guru...nanti difikirkan ye kerjaya itu...apa-apa pun...

SELAMAT HARI GURU

Rindasahara:berburu ke padang datar...

Tuesday, April 30, 2013

Cinta itu Terhalang...

Cinta itu terhalang...
Walau bahagia senantiasa bertandang...
Timbal rasa...buah-buah sayang...
Bagai meniup melayang....

Cinta itu terhalang....
Walau wacana itu bagai besi ampuh...
Walau dilema itu tak pernah mengeluh...
Biar sekepal cinta nan utuh...
Biar rona bahagia menyuluh...

Cinta itu terhalang...
Biar rimba airmata...
Berombak jiwa...
Sengsara derita...

kerana...
Cinta itu terhalang oleh tanganmu sendiri....

~RinDaSahaRa~

Tuesday, April 16, 2013

Hikayat Kasih..

andai dulu...kasih yang tak pernah terucap di bibir...hanya bergema di ruang jiwa...biasannya sama...namun dari sisi berbeza...tatkala diri ingin menghantar hantaran cinta...seakan terasa penolakannya bengundang duka...lalu jiwa ini dimamah sengsara...namun hati enggan melancarkannya...bibir fasih berbahasa...lidah tegar berbicara...namun raut rahsia hati tak siapa bisa mengungkapkan...terasa sepinya sang kasih...tanpa kelibat keindahan seperti dicanang impian...membeku tanpa kata...cuma nista bersisa...terasa peritnya rasa...hati enggan berbicara...kerana saat menilai kasih terlalu mentah mengundang usia...

lalu diri memasakkan rasa...alunan cinta hanya mampu lalu di halwa telinga...enggan singgah di hati...kerana terfikir jiwa ini sudah mati...hidup ini wajar diterusi...kerana menunggu buah yang enggan gugur adalah sesuatu yang mustahil dikenangi...enggan memiliki...dan dimiliki...walaupun bahagia mampu dikecapi...tapi siapa yang layak memiliki teman daerah tertinggi? yang wajar dimiliki oleh sang bidadari...bukan hamba sahaya yang hanya mampu memasang impian cinta...

dan...cinta itu kembali...dan sekali ini...biasannya istimewa...sehingga terpukau dek kemilau cahaya...dan jiwa enggan berdusta...tak mampu lagi menafikan rasa...dia istimewa...punya aura...tanpa kelibat seadanya...namun jiwa teruji rasa...andai cintanya hanya biasan kaca...adakah jiwa mampu menerima takdirnya...dia igauan dambaan pencinta...lafaz katanya menyegarkan jiwa...hembusan kasihnya membiaskan cinta...menusuk hati...menyinarkan kembali jiwa yang hampir rapuh...menuntun kembali cinta ke landasannya...menyulam doa penuh syahdu...untuknya...kerana dia yang penawar azimat tersemi...

hikayat cinta ini sungguh warna warni...terasa corakannya mampu menukilkan sebuah cinta...cinta yang sempurna...dari Yang Maha Esa...kepada setiap ciptaanNYA...

~RiNdASAhARa~

Lipur Cinta

Hembuskan cinta ini ke dasar yang terjauh....
Agar derita ini tidak terasa...
Agar gelora ini tidak dicerca...
Agar sengsara ini tidak dihina...

Lagak cinta bagai cerita dongeng sang uda dan dara...
Kelam sirna tak siapa tahu...
Andai berderai....biarlah ia...
Andai berkecai...pedulikan cinta...

Siapa pencinta itu...berbahagialah....
Tak perlu dikelar luka terdalam...
tak perlu dibakar duka terpendam...
biarlah ia berlalu...bagai air...

Andai sungai hati itu milikku...
Pasti tiada siapa ingin ke situ...
Dasarnya keruh...luaran nan kaku...
Aliran derita ulang siar yang beku...

~RiNdASAhARA~

Saturday, February 23, 2013

cedera jiwa

haluuuuuuuuuuuuuuu...rindasahara menyawang lagi...sambil merehatkan diri di hujung minggu yang boleh tahanlaa ini...let's check it out...

Batu-baru ni rindasahara dengar radio di pejabat untuk meredakan tekanan di pejabat kan...dan deejay radio tersebut membicarakan mengenai masalah obsesi pada manusia...haaa...makanya dengan psychologist yang memang expert dan memahami masalah obsesi ini rindasahara pun nak tumpang semangkuk untuk memasukkan entry kan...hehehe...

Pernah antara kita mempunyai obsesi terlampau?jika ditanya pada rindasahara...jawapannya YA..rindasahara akui rindasahara mempunyai obsesi terhadap sesuatu...apakah sesuatu yang diobsesikan oleh rindasahara itu?

Percaya atau tak...rindasahara obses untuk KURUS dan KEKAL KURUS!!!

Kenapa?kenapa ia berlaku pada rindasahara...puncanya...jiwa rindasahara sudah tercedera..cedera yang mungkin parah sehingga memberi kesan yang sangat...sangat...sangat mendalam...ini kerana hati rindasahara tidak cukup kuat untuk menampan semuanya...apa yang perlu ditampan?jom kita mengimbau kenangan lalu rindasahara...

Sedari kecil,rindasahara adalah seorang yang berisi...boleh dikatakan sejak lahir lagi berat dah 4.2kg...terus mambesar dan membesar sebagai seorang yang berisi...gemuk...dan montel...dan semua di sekeliling rindasahara memanggil dengan gelaran 'si montel' 'si debab' 'ayam daging' dan macam-macam lagilah...haha...mungkin senyuman dan ketawa selalu diberikan oleh rindasahara apabila mereka memanggil dengan panggilan sedemikian...tapi dalam hati siapa tahu kan...setelah banyak sangat tahun dipanggil dengan gelaran sebegitu...rindasahara nekad untuk 'menghapuskan' gelaran-gelaran itu dari mereka...hahahaha*sambil ketawa jahat*

Kini...taraaa...dari berat 60 kg...sekarang cuma tinggal 43 kg...dan rindasahara berhasrat untuk menurunkan lagi berat badan ni tetapi dihalangi oleh Incik H...so terpaksalah maintain je..ada seorang sahabat rindasahara kata rindasahara ni ada gejala anorexia!!!tapi bukan di tahap yang membimbangkan..erkkk...apa-apa lah...tapi rindasahara bersyukur kerana rindasahara tidak mengambil sebarang supplement atau apa-apa ubat untuk kurus...cuma rindasahara mengawal makan dan melakukan senaman secara kerap yang setanding dengan apa yang rindasahara makan untuk 'membakar' lemak yang tidak diperlukan...hehehe...

Apa-apa pun...permulaanya...bak kata psychologist tersebut...ia bermula dari persekitaran...kerana persekitaran yang mendesak untuk pesakit yang cedera jiwanya macam rindasahara ini bertindak sedemikian...dan  pengajarannya kita di sini...permulaanya adalah dari keluarga...jika keluarga sendiri memulakan 'labelling' ini...maka sekeliling turut terpengaruh...betapa besar pengaruh keluarga di sini...jadi kepada para ibu,bapa,bakal ibu dan bakal bapa...peranan sebenar pada KITA...KITA yang membentuk anak-anak...dan ia sangat mempengaruhi perkembangan psikologi seseorang manusia...mungkin pada kita sebagai keluarga,alah...setakat cakap dia 'montel' takkan ada apa-apa pun...ini adalah kesilapan pandangan KITA...trauma dari kecil amat memberi kesan kepada perkembangan personaliti seseorang...dan sila take note!!!wah..rindasahara berceramah kan...haha...

Namun..ini bukanlah cara rindasahara menuding jari menyalahkan semua yang memanggil rindasahara sebegitu...seperti yang rindasahara katakan sebelumnya...ia datang dari kelemahan diri rindasahara sendiri yang tak kuat menyerap segalanya..dan jiwa manusia juga berbeza-beza...ada yang lain menjadikannya lebih kuat...dan ia bergantung pada kognitif atau pengawalan minda kita sendiri...

okay...cukuplah bebelan setakat ini...adiossaaaaaaaaaaa...

Rindasahara: saya masih gemuk =_="...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...