Okay...terus pada fokus utama...pernah dengar tak benda ni?tak pernah?buat-buat pernah laa ye...rindasahara cuma nak berkongsi '10 Malaysian Rude' yang rindasahara terbaca dalam sebuah akhbar baru-baru ni...baru tak barulah dah berbulan rasanya...jom tengok pro dan kontranya bersama rindasahara...cekedout...
1)Membunyikan hon dalam keadaan sesak di jalan raya kerana kurang sabar
Ini rindasahara akui sangat perangai segelintir rakyat Malaysia ni.Kadang-kadang
2)Tidak menghiraukan tanda di sekeliling
Ini sikap yang sangat tak baik...terutama bagi perokok tegar tu...sorry ye perokok sekalian,sebab ada dalam kalangan anda yang merokok ni tidak menghiraukan tanda di sekeliling...nak kata mereka ni pentingkan diri pun boleh kot (
3)'Mencuri' parking bay orang yang terlebih dahulu
Ini ada...tapi rindasahara tak pernah terkena lagi...
4)Tidak memberikan tempat duduk kepada wanita mengandung,warga tua dan orang kelainan upaya(OKU).
Ini rindasahara jarang jumpa...mungkin kes terpencil...jadi
5)Bercakap dengan nada yang tinggi di telefon di tempat awam
Ini bukan mereka saja buat..rindasahara pon buat!hehehe...kadang kadang tu sje nak tunjuk keriakan dan ketakburan diri yang konon tahu lah sangat mengenai perkara tuuuuu...
6)Tidak mambenarkan penumpang lain keluar sebelum menaiki kenderaan awam
Ini pon rindasahara ada buat...pantang buka aje pintu bas,LRT or apa-apa kenderaan awam yang banyak orang guna...menyerbu aje masuk sampai orang yang nak keluar tu terkandas di tengan laluan...last bas pun jalan aje...kesian tak???kesian kan...erkkk...bukan apa...kadang-kadang kita nak cepat tanpa memikirkan hal orang lain...
7)Tidak menahan pintu atau lif untuk membenarkan orang lain masuk bersama
Ini rindasahara tak pernah buat semenjak rindasahara jadi sebahagian dari warga kampus tempat rindasahara menyelesaikan pengajian...sebabnya
8)tidak mengucapkan 'Terima Kasih'
Wahhh...ini kera biadap kan...tapi kadang-kadang rindasahara pon ada buat...aiseh...sesama kita tak apa lagi...yang susahnya tak berterima kasih dengan Tuhan...acaner tu?haaaaaaaaaa....
9)Meninggalkan troli di parking
Ini pon perangai rakyat Malaysia
10)Lewat
Inilah yang digelar 'janji Malaysia'...tak pernah nak tepat masa...susah juga begitu kan...hurmmm...satu yang sangat3 perlu diubah untuk mencapai negara maju 2020...ini tak...katanya jam 8,tapi 8.30 tak nampak bayang lagi...kadang-kadang geleng kepala aje yang mampu kan...heheeeeeeeee....
Itulah sedikit sebanyak perangai segelintir rakyat Malaysia...tapi rindasahara akui...BUKAN SEMUA yang bersikap begitu...ada yang masih nice dan baik...jadi...choices is in your hands...jadilah orang yang berpelajaran..bukan orang yang setakat masuk sekolah untuk sijil sahaja...sekian...adiosssssssaaa...
rindasahara:mental kurang teliti...erkkk!!!