Tuesday, April 19, 2011

beban cinta

Kali ini rindasahara nak bercerita...ish cik rinda ni...tak habis-habis dengan ceritanya...membawa topik beban cinta...ermmm...sejauh mana cinta itu membebani...dan kenapa beban itu kita tidak pernah mengeluh...

Cinta itu diberikan Tuhan sebagai anugerah terindah...dengan cinta kita tidak merasa beban yang terpikul kerana cinta...seberat mana pun beban yang terpaksa digalas...namun kerana cinta semuanya nampak ringan...kerana cintakan ilmu pelajar sanggup terbeban dengan pelbagai tugasan yang diberikan...walaupun ada kalanya bagai dihempap batu konkrit...tak apa...kerana cinta pada ilmu...semua itu bagaikan sekeping kertas yang melayang je...ringan...tak terasa bebanannya...cuba pelajar tersebut tidak menyintai ilmu...pastinya tugasan yang diberikan amat membebankan...wah...rasa mahu saja meletupkan kepala mereka yang memberi tugasan itu...huhuhu...tak apa...buat saja...asalkan penuh...cukuplah...huhuhu...

beza orang yang menyintai dan tidak menyintai...dapat dilihat dari pelbagai sudut...namun yang pasti...jangan tersalah memilih beban untuk cinta...

rindasahara: tiada cinta tiada beban...so...tak mahu terbeban tak perlu bercinta...

Sunday, April 17, 2011

yang rapuh bukan cinta...

Cinta itu terlalu rapuh...sangat mudah dipecahkan...bagai kaca...jika terhempas akan pecah...jika pecah bakal melukai...namun, benarkah pepatah itu...dan kita terusan menyalahkan cinta...adakah adil untuk cinta dipersalahkan...walaupun kesilapan itu datangnya dari kita...

Rindasahara juga bercinta...malah saat ini masih 'bercinta'...rindasahara pernah kecewa...malah memang sangat perit untuk mengakui hakikat kekecewaan itu...tetapi adilkah untuk rindasahara menidakkan rasa dari terusan menjadi pencinta...tidak sesekali...

Kenapa begitu?

Kerana yang rapuh itu bukan cinta...tetapi diri rindasahara sendiri...dulunya rindasahara sukar mengakui hakikat cinta...rindasahara enggan mengakui rindasahara punya rasa cinta...kerana apa?kerana rindasahara takut kecewa...tanpa rindasahara tahu bahawa tidak mengakui hakikat cinta itu lebih terasa keperitannya...rindasahara enggan mengakui cinta...kerana rindasahara mempunyai prinsip 'apabila bercinta...bermakna kita perlu menjaga hati banyak pihak'...dan rindasahara merasakan tidak bersedia untuk itu...untuk menjaga hati ramai manusia...akhirnya...cinta itu pergi...dengan cara paling halus tetapi sangat menyakitkan...dan rindasahara mula muhasabah diri...mengakui hakikat kekurangan diri...kerana keegoan tahap langit ketujuh, lalu rindasahara kehilangan segalanya...dan rindasahara menanamkan hakikat di hati...andai cinta itu datang lagi,takkan dipersia-siakan buat kesekian kali...

Dan...cinta datang lagi!

Rindasahara tidak mendendami...jauh sekali menyesali setiap yang berlaku...mungkin takdirnya ia tidak bersatu...so what can I do, isn't it?..rindasahara tidak menyalahi pihaknya...tetapi rindasahara mengakui hakikat diri yang terlalu rapuh...

Kini...

Rindasahara:ingin menikmati segalanya...

Thursday, April 14, 2011

Cintai tubuh kita...

Kali ni rindasahara nak berkongsi beberapa fakta mengenai tubuh badan kita...ada yang rindasahara dapat dari internet,pembacaan...tidak kurang juga dari sistem pesanan dari mulut ke mulut...huhuhu...let,check it out!!!


~ Adalah hampir mustahil bagi seorang manusia untuk menjilat sikunya sendiri...tak percaya?cubalaa...huhuhu...


~ Tahukah kita...ukuran lilit pinggang kita adalah sama dengan 2 kali ganda ukuran lilit leher kita...sebab tulaa orang dulu-dulu akan ukur pinggang seluar menggunakan leher...huhuhu...


~ Juga ukuran panjang kaki adalah sama dengan ukuran panjang lengan dari pergelangan lengan ke siku...pasni ukur kasut pakai lengan jelaa...huhuhu...


Jika semua salur darah dalam tubuh kita dicantumkan,ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM...sepanjang lebuhraya utara-selatan... mungkin... huhuhu...


~ Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita...ehem2...patutlaa kebanyakan lelaki langgar je lampu isyarat merah kan...just kidding...huhuhu...


~ Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam...berapa banyak sedutan itu...huhuhu...


~ Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter...lebih kuat dari pancutan air pili bomba tepi jalan tu...


~ Kita hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal...waaa...memang excellent otak kita nih!!!


~ Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung...dan kekuatan bersin mampu mengeluarkan mata kita dari soketnya!!!


~ Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat...waaa...sangat laju loo...


~ Usus kita menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus kita...betapa 'tajam' asid perut kita...

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka kita ye...huhuhu...

Air liur kita dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar...juga penawar terbaik apabila terkena gigitan serangga...caranya hanya menyapu air liur kita pada tempat yang terkena gigitan itu...

okay...ini untuk perkongsian kali ini...lain kali kita berkongsi lagi...daaaaaaaaaa....

Rindasahara: kalau ter'auta' minta maaf ooo...huhuhu...

Tuesday, April 12, 2011

fasa cinta

Erm...sekarang ni rindasahara sibuk dengan tugasan-tesis,presentation,hantar banyak-banyak assignment...wah...memang penat dan tak cukup tidur sejak berminggu yang lalu...sibuknya cik rinda ye...huhuhu...konon-kononlaa macam sibuk...sebab dalam kesibukan sempat juga mencorat coret ye...


Okay...sambung entry arini...walaupun kadang-kadang(selalunya) lari dari tajuk...tak apalaa...as long as rindasahara cuba menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat...huhuhu...bercerita mengenai fasa cinta kali ni...rindasahara cuma nak berkongsi apa yang rindasahara sudah pelajari sejak di bangku sekolah tadika lagi...sepanjang kehidupan yang dilalui,rindasahara banyak memepelajari dari pengalaman...pengalaman sepanjang jalan mengajar rindasahara erti cinta sebenar...kembara cinta takkan pernah berhenti...dahulunya rindasahara tak pernah mengakui hakikat cinta yang ada...namun kini,hakikat cinta itu jelas di depan mata...siapa sangka budak kecil ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading...budak kecil yang hanya tahu berangan-angan kini melihat cita-cita bakal menjadi kenyataan...

Rindasahara ni asalnya dari keluarga biasa...emak cuma bekerja ladang...ayah pula tukang kebun kat sekolah...kehidupan sederhana je...walau begitu tetap gembira...nak merasa makanan mewah tu jaranglaa...kalau makan nasi berlaukkan ayam tu dah kira sangat-sangat mewah...dulu kat rumah tak ada peti ais macam rumah kawan-kawan lain...tak ada mesin basuh...rumah pun simple je...cukup sekadar menjadi tempat berteduh...sekolah pun di sekolah biasa...tiada laa sekolah berasrama penuh...cuma sebuah sekolah harian biasa...tapi rindasahara gembira di sana...mengenali semuanya,guru-guru,rakan sekolah...mengenali erti kasih sayang...erti cinta...

Untuk rindasahara sendiri...dimana kita disekolahkan itu bukan ukuran sebenar kejayaan kita...yang penting adalah ketekunan dan effort kita...sepandai mana pun mereka yang pandai...tanpa usaha tak kemana...cuma usaha mereka tidaklaa seperti usaha rindasahara yang terpaksa bertungkus lumus belajar...orang pandai selalunya usaha sedikit namun kejayaan mereka berganda...

Jadi untuk mereka yang sederhana saja macam rindasahara ni...siapa cakap kita tak boleh berjaya...segalanya atas usaha kita...dalam fasa kehidupan ini...kita perlu berjuang...di fasa remaja...fasa dewasa...dengan umur rindasahara yang mungkin di awal kedewasaan ini...fasa unur yang dilewati adalah fasa setiap cinta...samada kita mahu menghargainya sebagai sebuah ukuran...mahupun mahu mengabaikannya sebagai sebuah jaminan masa depan...terpulang kepada kita dalam menentukan arah tujuan...rindasahara memilih untuk berada di sini...dan rindasahara berada di sini...apa pilihan kita....

Rindasahara:suka bercerita tentang masa lalu...

tiga segi cinta...

Tiga segi cinta atau cinta tiga segi...ermmm...confused sudah cik rinda ni...tak apalaa...mana-mana pun boleh...wahwahwah...macam dewan bahasa dan pustaka tu cik rinda punya kan...okay...mari kita teruskan dengan entry kali ni...tiga segi cinta...apa yang cik rinda ni cuba nak berbicara kali ni ye...erm...nak tahu...next....huhuhu...

Baiklaa...entry kali ni macam dramatik sikit...menceritakan mengenai perangai rindasahara yang satu ni...sangat-sangatlaa buruk perangai ini,sehinggakan rindasahara pun malu dengan perangai yang satu ni...apa tu ye?perangai suka mempersalahkan yang lain atas kelemahan diri sendiri...memang ketara kelemahan yang ni...ish...ish...ish...buruk betul perangai cik rinda ni...tapi diakui...kita akan ada sifat ni kalau dalam saat menyelamatkan diri...

"Bukan salah ku...soalan exam tu susah sangat...lecturer pun ajar entah apa-apa entah..."
"Dia reject aku sebab dia nak sambung study...aku kasi chancelaa..."
"Ni semua dia punya pasallaa...tak pasal-pasal aku kena buat semua..."

Memang semua ni akan ada dalam hidup kita...termasuk hidup rindasahara...huhuhu...kategori apa ini ye...mungkin sedikit takbur dan riak plus rasa diri bagus sangat...maka rindasahara cakap begitu...atau kerana keegoan yang melampau tinggi langitnya...ermmm...rindasahara pun segan nak bercerita...tapi setakat mampu rindasahara cuba agar tidak menyalahkan orang lain...jika benar-benar salah rindasahara...akui saja kelemahan...huhuhu...

Cuba kita bayangkan dalam sesuatu hubungan yang berkait rapat...kerana satu kesalahan..kita menyalahkan pihak lainnya...pihak lainnya menyalahkan pihak kedua...ketiga dan seterusnya...andai tiada yang ingin menggalas tanggungjawab...selagi itu akan tiada akhirannya...erm...huhuhu...

Apa-apa pun...menunduk jangan sampai kita dikatakan dungu...tidak semestinya kita sentiasa mengakui kelemahan diri kan...ada kalanya perlu untuk kita mempertahankan...pertahankan semampunya...jangan sampai dikatakan riak...huhuhu...

Namun disebalik semua ni...memang kita takkan habis dari terusan menyalahkan...aku salahkan kau...kau salahkan dia...dia salahkan mereka...mereka menyalahkan keluarga mereka...selalunya kita akan menjadi seperti lagu 'bangau oh bangau'...apa salahnya kita mengambil risiko seperti ular yang mahu bertanggungjawab kan...ermm..tapi persoalannya...mampukah kita menjadi seperti ular?mengambil tanggungjawab bukan mainan...bukan saja-saja...bersediakah kita?

Rindasahara:Tanggungjawab bukan pilihan...

Sunday, April 10, 2011

dari mana datangnya cinta...

"Tak apa...aku ni mulut je jahat...tapi hati baik..."
"Mulut je laser...tapi dia okay je..."

Selalu kan kita mendengar kata-kata begitu...rindasahara pun tak tahulaa nak tafsirkan secara positif atau negatifnya...segalanya berpusat dari kata-kata...terlahir cinta...mungkin kita boleh menerima pendapat ini...tetapi dari perspektif lainnya,rindasahara kurang bersetuju dengan kata-kata begini...kenapa...sebab kata-kata kita cerminan hati kita...setiap bait kata yang terlafaz di bibir adalah yang datangnya dari hati dan fikiran kita...hati merasa...minda mentafsir...dan bibir berbicara...rindasahara jenis yang gila-gila bahasa...mencerminkan bahawa cik rinda ni jenis yang berperangai gila-gila...selamba dan punya mulut yang memang longkang kalau me'laser' orang...cerminnya untuk hati...sudah menerangkan bahawa cik rinda ni boleh tahan jugalah tahap ke'laser'an hatinya...

Imej juga mentafsirkan siapa kita...kita mahu dikenali sebagai yang baik...berimej baiklaa...tapi ada juga orang yang 'pro' dalam merosakkan imej...erm...yang tu memang rindasahara tak mahu cakaplaa...lu pikirlaa sendiri...tapi kadang-kadang kecil juga hati dengan mereka yang begitu...berimej baik...tapi cara pula tak kena...kadang-kadang membuatkan orang lain berkecil hati dengan perlakuannya..kita memang berhak berkata-kata...tapi sensitiviti orang juga kena jaga...kita hanya menafsirkan apa yang ada dalam fikiran kita mengenai perlakuan seseorang...tak semestinya dia selalu bersembang di telefon a.k.a bergayut maknanya dia tak pernah study kan...mungkin itu salah satu cara untuk hilangkan stress dia ke...kita hanya tahu cakap...ini budak tak study...ada pepatah mengatakan 'don't judge a book by it's cover'...lihat dulu isi di dalam...baru nak mengkritik pun...ini tak...siap dicanang 1 kampung plak tu...ish...ish...ish...

Persepsi itu yang utama...pada rindasahara...tak ada manusia melakukan sesuatu tanpa sebab kan...cuma manusia yang melihat macam kita-kita ni bercakap macam-macam...

Rindasahara:apa-apa laa...janji rock!!!

Thursday, April 7, 2011

Kira-kira cinta...

Waaa...entry kali ni boleh tahan kan...apa-apa saja si rinda ni ye tajuknya...tapi entry kali ni rindasahara cuma nak berkongsi tips...haish...tips apa tu...tips kesihatan laa...waaa...sejak rindasahara kena masuk wad tahun lepas...memang rindasahara serik tahap awan...serupa bahan ujikaji rindasahara dibuatnya oleh 'lokter-lokter' kat Hospital Umum Sarawak sana...dari ambil darah...urine test...cucuk sana sini...pegi x-ray...xckup xray...scan lagi...nasib baik tak ditolak ke meja pembedahan aje...kalau tak cukup lengkap malam ngeri rindasahara tempohari...mulanya simple saja,sakit di bahagian pinggang yang mencucuk-cucuk...masa tu baru nak balik dari semenanjung ke kampus...mula-mula tu dari LCCT...memang sakit sampai dalam flight pun 3,4 kali rindasahara muntah...memang tak bestlaa time tu...sampai di KIA...memang tak larat lagi...lalu ambulan jemput ke HUS...siap berpakej dengan ubat sebeban yang perlu dimakan...aiseh...memang trauma rindasahara dengan kejadian tu...huhuhu...sejak dari itu...rindasahara mula mampelajari cara untuk kekal fit dan cergas...caranya...check it out!!!...

Pemakanan...bab ini adalah bab terpenting untuk kita...kita adalah apa yang kita makan...tetapi tidak bermakna kita tak boleh menikmati makanan yang lazat...silakan makan Mc D (favourite rindasahara ni...huhuhu...)...KFC...PizzaHut...makan nasi lemak...makan mee gorang...segala macam makanan yang ada di dunia ini...tetapi dengan kawalan...dan seimbangkan dengan pengambilan sesuatu yang boleh me'neutral'kan kembali makanan tersebut...x faham...baik...rindasahara bagi satu contoh...rindasahara suka sangat makan Mc D...kalau dapat kentang dia memang tak toleh kiri kanan lagi daa...huhuhu...tapi jangan lupa selepas makan minum air masak dengan secukupnya untuk meneutralkan kembali makanan yang dah dimakan...dan air masak adalah aset terpenting dalam diet pemakanan kita...itulah yang menentukan diet kita berkesan atau tidak...huhuhu...

Bersenam...inilaa yang manusia paling liat sekali...sayangku...tak guna kamu berdiet tanpa rejim senaman yang baik...rejim senaman juga membantu kita mendapatkan tubuh yang fit dan kekal cergas...tak ada masa bersenam?sibuk dengan kerja dan study?apa susah...masa mandi kan ada...kalau dalam bilik air boleh menyanyi..apa kata dengan tarian sekali...masa mandi lebih bahagia kan...dari berendam lama-lama...lakukan ajelaa tarian suka suki dalam tu...tak pandai menari?alaaa...bukan ada orang tengok pun...suka hati ajelaa...huhuhu...satu lagi dengan jalan kaki...dengan berjalan kaki,kita mampu membakar kalori yang tak diperlukan oleh badan...sebab tu rindasahara lebih suka jalan kaki dari naik bas ke kelas...lebih fit dan bertenaga...kalau tak ada masa juga...sebelum tidur tu...bolehlaa kita lakukan regangan atau warming up...tapi apa yang lebih penting adalah bersenam...itu yang utama...

Mahu diet?bersenam dan kawal pemakanan anda...bunyinya klise...tapi itulah yang sangat berkesan...ini tak...kata nak berdiet,tapi makan nasi sampai 2 pinggan...sebenarnya,badan kita hanya memerlukan hidangan nasi sebesar penumbuk kita aje...wah!!!sikitnya!!!mana kenyang macam ni...iye ke...rindasahara dah lama buat...cukup kenyang...tambah dengan sayur dan lauk...sebenarnya sudah mencukupi...tapi budaya kita...nasi tambah memang perlu...huhuhu...kalau nak diet...kurangkan pengambilan semua ni...amacam...sanggup tak...

Haaa...itulaa yang terjadi pada rindasahara dari seorang yang agak chubby dulu...skang ni suma da loose...aiseh...tapi rindasahara kurus bukan sebab rindasahara nak cantik je..tapi nak fit...kekal cergas...kalau dulu memang rindasahara tak fit...jalan jauh sikit dah penat...sekarang...jom lari lari...lagi jauh lagi suka...huhuhu...apa-apa pun...jaga diri...okay...daaaaaaaa.........

rindasahara:jaga diri hiasi peribadi...;D

Tuesday, April 5, 2011

Cintaku kerananya...bukan keranamu...

Entry kali ini rindasahara nak berkongsi mengenai sesuatu...ermm...sebenarnya ini tercetus apabila rindasahara mendengar dan terdengar rintihan beberapa orang sahabat rindasahara yang disensored namanya...kasihan rindasahara dengar mereka dibuli oleh rakan se assignment untuk membuat kerja...yang lain jadi 'sleeping handsome'...sebab ahli yang tu semua lelaki...kuasa veto lelakilaa katakan...erm..jujurnya rindasahara tak begitu respect dengan lelaki begini...mempergunakan kuasa dan segala yang ada dengan menindas rakan lain terutama kumpulan tu ada perempuan...nasib baiklaa sahabat rindasahara ni memikirkan markah untuk mereka...kalau tak...mau cincai dan setakat cukup makan je diorang buat...tu pun segala penat lelah mereka tidak dihargai...siap high class demand tahap gaban lagi...wahwahwah...klu nak yang sempurna dan perfect macam kamu,cik abang sayang...D-I-Y laa ye...jangan harapkan orang jadi sempurna untuk kita sedang kita pun bukan sempurna....

Bukan niat rindasahara menafikan kuasa anda sebagai lelaki...tetapi berpadalaaa...rindasahara akui...mereka berkuasa,punya nama...terhormat...tapi itu bukan tiket untuk anda melepaskan tanggungjawab..apa...kamu ingat saya dilahirkan untuk menjadi hamba kamu ke...saya masuk U untuk menjadi PA kamu membuat kerja ke...rindasahara memang geram sampai malas lagi rasanya nak bertegur sapa dengan mereka yang begitu...tak patut tau...lembu punya susu,susu formula dapat nama...wasseh,susu yang terbaik konon-konon...dengan DHA laa...Lactobasilus laa...Protection guard laa...apa laa lagi2 penambahan nya...balik-balik semua tu asalnya dari susu lembu jugak...tak ada sang lembu beri susu,tak ada susu formula tu ada nama...jadi tak perlu nak riak+takbur+bangga diri tahap dewa konon 'akulaa yang usaha semua'...orang tak tahu bolehlaa kamu cakap macam tong kosong...memuji diri sampai langit ketujuh pun...tapi orang yang tahu tu...tengok pun jadi menyampah tahu tak...huhuhu...wahwahwah...rindasahara punya mulut...laser you...opsss...tak kena gam ke ni...lalala...

Apa-apa pun...rindasahara memang bersimpati dengan sahabat tu...kasihan...kerja bertimbun...menggalas segala macam benda lagi...tak apa kawan,Tuhan tu maha adil...doa orang terainaiya tu memang tak ada penghalang...terus sampai aje...kalau korang terlepas cakap pun...memang kena...upssss...rindasahara ajar buat perkara tak elok pula...ish...ish...ish...jangan tiru tau...doakan yang terbaik aje...semoga mereka-mereka tu insaf...bagi mereka yang punya niat begitu...nasihat rindasahara..baiklah dielakkan...boleh kamu nak buat...tapi jangan laa pula kamu pegi kritik kerja mereka yang 'teranaiya' tu...ini tak...dahlaa semua kawan tu buat...siap kena lagi...itu tak betul...ini salah...hello, awak tahu buat apa?membesarkan segala yang ada di badan je ke?...tolonglaa...orang dewasa...berfikirlaa secara dewasa...kalau tak sia-sia aje emak ayah bagi makan nasi suruh besar...dah berguni beras habis nak membesarkan kamu...tiba-tiba camtu plak punya perangai...walaupun kita pandai berkata-kata mulut manis macam gula...tapi ingat...manis gula tak baik untuk kesihatan...sampai masa orang taknak makan gula banyak sangat...jadi manis gula tak tak ada makna...ada faham...sekian...daaaaaaaaaaaa....

Rindasahara:belajar dari setiap kesilapan..practise make perfect!!!



Monday, April 4, 2011

kerana kamu cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...enggan diri memberi kamu erti... sukarnya... deritanya... sakitnya... dan pahitnya dasar hati paling dalam...kerana cinta hati ini tidak perlu berduka disaat hati dihenjut sengsara...kerana hanya bahagia hak mutlak kamu...cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...tatkala hujan diri menangis..kerana enggan kamu melihat airmata ini...biarlah ia berpadu bersama hujan...biarkanlah...diri tak sanggup melihat kamu derita bersamanya...kamu tak perlu derita kerana itu,wahai cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...segala yang dipersembahkan adalah yang terbaik...semampunya diri memberikan sinar...memberikan teduhan...memberikan kebahagiaan...andai kamu berduka...cinta hati,carilah diri ini...lekakan diri ini menangis sendu bersamamu....andai kamu menentang amarah...cinta hati,carilah diri ini...hamburkan api amarahmu itu agar hapusnya bersama angin lalu...

Kerana kamu cinta hati...maafkan diri...kerana natijahnya,diri ini serba tidak sempurna...walaupun hakikatnya mencuba menjadi sebaiknya...maaf, cinta hati...tatkala hadir diri mengundang kecewamu...kerana diri mencuba sebaiknya...amun langkah tak setara jiwa...

Kerana kamu cinta hati...ketahuilah...walau sedalam mana diselami perasaan ini,tidak mampu tergambarkan betapa diri menyayangi...mahu melindungi...mahu menjaga...dirimu,cinta hati...walau ukuran bukan ditangan sendiri...andai ada khilaf diri...maafkan...dan hukumilah...andai itu yang terbaik...

Kerana kamu cinta hati...enggan terpisah walau jasad tiada lagi...kerana KAMU CINTA HATI buat selamanya...

coretan dilabuhkan...bersama doa pengutus harapan...

~rindasahara~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...