Monday, April 4, 2011

kerana kamu cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...enggan diri memberi kamu erti... sukarnya... deritanya... sakitnya... dan pahitnya dasar hati paling dalam...kerana cinta hati ini tidak perlu berduka disaat hati dihenjut sengsara...kerana hanya bahagia hak mutlak kamu...cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...tatkala hujan diri menangis..kerana enggan kamu melihat airmata ini...biarlah ia berpadu bersama hujan...biarkanlah...diri tak sanggup melihat kamu derita bersamanya...kamu tak perlu derita kerana itu,wahai cinta hati...

Kerana kamu cinta hati...segala yang dipersembahkan adalah yang terbaik...semampunya diri memberikan sinar...memberikan teduhan...memberikan kebahagiaan...andai kamu berduka...cinta hati,carilah diri ini...lekakan diri ini menangis sendu bersamamu....andai kamu menentang amarah...cinta hati,carilah diri ini...hamburkan api amarahmu itu agar hapusnya bersama angin lalu...

Kerana kamu cinta hati...maafkan diri...kerana natijahnya,diri ini serba tidak sempurna...walaupun hakikatnya mencuba menjadi sebaiknya...maaf, cinta hati...tatkala hadir diri mengundang kecewamu...kerana diri mencuba sebaiknya...amun langkah tak setara jiwa...

Kerana kamu cinta hati...ketahuilah...walau sedalam mana diselami perasaan ini,tidak mampu tergambarkan betapa diri menyayangi...mahu melindungi...mahu menjaga...dirimu,cinta hati...walau ukuran bukan ditangan sendiri...andai ada khilaf diri...maafkan...dan hukumilah...andai itu yang terbaik...

Kerana kamu cinta hati...enggan terpisah walau jasad tiada lagi...kerana KAMU CINTA HATI buat selamanya...

coretan dilabuhkan...bersama doa pengutus harapan...

~rindasahara~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...