Thursday, March 22, 2012

Hati Kristal

Hati seindah kristal...
Jernih...
Sejernih airmata dari telaga rindu...
Panahan jiwa untuk mengalun keasyikan rasa...
Merungkai sebuah cerita tergalas...
Terlukis di dalamnya...
Namun tak nampak dimata...

Tenang hati...
Kelamnya tak siapa yang tahu...
Telah tersua di bibir kata...
Lawan kristal bukan pada besi...
Lawan kristal bukan pada batu...

Telah kau gunakan itu...
Maka berderailah kristal itu...

Sekali kristal terhempas...berderai...
Jangan meminta gantinya yang lain...
Kerana serpihan kristal itu...
Bakal melukai dirimu...

Andai kau pinta luka...
Maka luka yang kau dapat...

Monday, March 19, 2012

Psikologi Berbalik

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua....meh rapat dengar celoteh rindasahara yang tak reti nak berhenti ni...alaaaa...rindasahara ni kan memang suka bercakap...mengutuk sana sini....upsss...kutuk???sana sini???...mana pegi nilai murni rindasahara ni...ish...ish...ish....hehehe...

Pernah dengar mengenai psikologi berbalik?rindasahara baru aje tulis ni...kesan dari me'melayu'kan Bahasa Inggeris....dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai reversed psychology...haaa...bukan air aje yang boleh buat proses osmosis berbalik atau reversed osmosis...kognitif manusia pun boleh kalau mahu...tapi apa yang rindasahara cuba sampaikan ni...baiklah...kita ambil satu situasi...

Dalam situasi ini,nasihat mana yang lebih kita suka...A atau B

Nasihat A


Cantik seluar!nampak lutut dengan boxer belakang suma,ingat bagus ke?macam hape aje.Kepala lutut orang tu aurat tahu tak!!!sibuk nak tayang kat orang aurat korang buat apa???


atau...


Tudung singkat baju ketat,apa ingat body kau tu tayangan free ke?jagalaa sikit,kau tu perempuan!maruah tak mahu jaga,memalukan umat aje!!!


Nasihat B


Wah,cantik seluar...kotak-kotak kartun Transformers lagi..maching dengan baju...same hijau..suka...cuma kalau seluar tu labuh sikit sampai tiga suku...lagi Encik nampak lebih handsome...


atau...


Tudung sekarang macam-macam fesyen...kibar sana sini...cantik,tak salah nak pakai...cuma kenalah menutupi kepala dan dada...lebih cantik dan anggun bila melihat...sejuk mata memandang...

Jika kita si penerima nasihat...mana satu nasihat yang kita suka...jika rindasahara,setentunya memilih nasihat B,lebih teratur,sopan dan menghormati kita...itulah psikologi berbalik...atau dalam bahasa lebih senang,teguran berhikmah...tidak menjatuhkan air muka...tidak mengaibkan si penerima nasihat...dan dalam agama juga,nasihat sebegitu adalah digalakkan...

Kognitif manusia suka memahami perkara yang positif...dan erti 'Jangan' tidak dapat ditafsir oleh minda manusia...oleh itu,apa-apa kata berbaur negatif adalah sangat sukar untuk diterima akal...malah kemarahan juga akan ditafsir sebagai elemen negatif yang tidak mampu ditafsir oleh minda...

Namun,ada kalanya ketegasan itu perlu...rindasahara katakan ketegasan,bukan kemarahan...ketegasan dan kemarahan adalah dua entiti berbeza yang perlu kita fahami sejelasnya...ketegasan perlu disaat kita menasihati perkara yang berulang kali dilakukan...namun penekanan psikologi berbalik tetap perlu ada...

Dan suka rindasahara tegaskan di sini,psikologi berbalik sesuai digunakan untuk menasihati orang dewasa...kanak-kanak tidak digalakkan...maaf,rindasahara mempelajari nadragogy,iaitu cara latihan untuk orang dewasa...untuk kanak-kanak...nanti masuk kelas pedagogy dulu ye...:D

apa-apa pun...nasihatilah perkara yang baik sesama kita...adiosssaaaa (ada kena mengena ke?)

rindasahara:penasihat tak rasmi..:D


Saturday, March 10, 2012

Lewat cinta...

Lewat cinta ini...
Kutemui kedamaian hati...
Suram daerah tertinggi yang diimpi...
Tenang gelora lautan yang enggan menepi...

Cinta...abadikan dalam kenanganku...
Cinta...abadikan dalam titip rasaku...
Biar mereka tahu...aku jua begitu...

Jiwa ini bukan lagi mainan atas nama cinta...
Jiwa ini jiwa merdeka...
Biar berlumuran luka...
biar mencurah seribu duka...

Lewat cinta ini...
Bersaksikan rasa...
Dirimu merana...

Saturday, March 3, 2012

Cinta sejauh dua jari

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua...kali ni rindasahara nak merepak lagi...pasal apa plak kali ni...jommm...check it out...

okay...arini nak buka satu kes yang dialami oleh rindasahara sendiri...dimana rindasahara sekarang ni telah bekerja...dipendekkan cerita...rakan sepejabat rindasahara mengajak rindasahara bersama mereka makan tengahari...rindasahara ingatkan mereka makan di restoran muslim...rupa-rupanya mereka ke sebuah restoran cina...katanya disana makanannya sedap...oleh kerana menghormati mereka...rindasahara bersama mereka...tanpa memesan makanan...cuma pesan setin air coca-cola...dan mereka juga memahami...mereka membelikan rindasahara rojak dari gerai lainnya...dan semua di kedai tersebut memandang rindasahara dengan pandangan yang rindasahara boleh katakan kehairanan...mungkin kerana rindasahara memakai tudung dan duduk semeja bersama sahabat rindasahara yang bukan dari kalangan rindasahara...dan berada pula di dalam restoran cina...kan...

Tapi jika rindasahara berada di bumi Sarawak pada ketika itu...perkara tersebut bukan sesuatu yang perlu dihairankan...malah,kebanyakan restoran cina juga menyediakan masakan halal di restoran mereka...dan rindasahara pernah banyak kali mentapau di kedai tersebut tanpa ragu...keran penyediaannya diasingkan dari makanan yang tidak halal...dengan etnik yang berbilang bangsa di sana,kita dapat melihat betapa harmoninya masyarakat Sarawak dibandingkan dengan kita...kita tak perlu ragu-ragu untuk ke rumah rakan taulan yang bukan sebangsa dan seagama dengan kita pada perayaan Gawai, Krismas, Tahun Baru Cina...malah makan dan bersembang sampai petang juga tidak menjadi masalah besar untuk kita...kerana makanan yang bakal disaji untuk kita adalah makanan yang tidak akan diragui status halalnya...perkahwinan campur antara etnik juga perkara biasa disana,dan mereka mampu hidup bersama dengan aman damai dalam satu rumah...

Lihat kita yang datang dari semenanjung...ikatan sebegitu terlalu longgar dan perkara sensitif selalu diperbesarkan..bagi mereka disana,agama dan adat resam itu perlu dihormati antara kita sesama manusia...rindasahara mempunyai sahabat dari pelbagai lapisan etnik dan kami gembira bergaul bersama...sesuatu yang tidak lengkap jika ke rumah kaum Iban tanpa menikmati ayam pansuh yang sangat menyelerakan...dan rindasahara sendiri menyukai umai-makanan unik masyarakat Melanau yang kecur air liur apabila melihatnya...

Bagi rindasahara...semua ini adalah nilai baik yang perlu kita contohi dari mereka...salahnya kita apabila bersikap terlalu prejudis terhadap sesuatu perkara...rindasahara bebas dan menghormati pandangan mereka...dan itu yang rindasahara dapat kembali...

so...what say you?

rindasahara:tolong poskan umai dan ayam pansuh dari Sarawak,boleh~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...