Saturday, July 30, 2011

Kimia cinta

Haluuuu...kali ni rindasahara bersawang lagi...rindasahara pun dah tak tahu nak berceloteh apa di sini...tapi ada satu perkara yang menarik perhatian dan pengamatan rindasahara di sini...sejak bila cik rinda ambil kimia kat sekolah ni kan....tak pernah didaftarkan pun ambil kimia...kalau ambil for sure failed at all laa...huhuhu...tak apa...lupakan subjek kimia itu...jom baca merapu rindasahara...check it out...
Semua kita tahu mengenai kekuatan hati yang memancarkan kekuatan kepada diri kita secara fizikal...kuatnya fizikal bergantung pada kuatnya hati yang berada di dalam ni...kuatnya hati bergantung pada apa yaa...haa...inilah pentingnya kimia cinta...apa itu ‘kimia cinta’ yang dimaksudkan oleh cik rinda ni ye...
Kimia cinta...semua orang memerlukan kimia cinta untuk memberikan semangat...memberikan hidup...kamu tak ada kimia cinta? Tipu saja kamu ini...sekurang-kurangnya kita bergantung kepada Tuhan...itulah kimia cinta kita,betul tak?jika sudah tiada orang lain lagi...kepada Tuhan kita memohon kimia cinta untuk memberikan kekuatan...untuk menggagahi kaki untuk melangkah...
Kimia cinta ini seperti ubat paling mujarab bagi setiap orang...dengan kimia cinta ini menjadikan kita bersemangat waja, utuh, dan punya harapan yang kuat untuk hidup...kimia cinta akan memberikan sinar pada setiap insan yang memilikinya...setiap manusia mempunyai kimia cinta yang berbeza-beza...ada yang menjadikan ibu, ayah, abang, adik, suami, isteri...tidak kurang kekasih, sahabat, guru, artis sebagai kimia cinta kita...inilah yang bakal menjadi ubat untuk mendorong kita menjadi lebih bersemangat...
Sebab itulah dikatakan pokok pangkalnya adalah pada hati...dan hati ini pula punya kimia cinta yang sukar dimengertikan...tetapi cukup kuat untuk merubah sekeping hati...tak percaya?lihat satu contoh...bagaimana seorang lelaki yang cukup kuat hatinya menangis kerana kematian seorang bapa yang disayangi...kerana apa...kimia cintanya telah mencair...kering bersama tanah pusara si bapa...apakah dirinya yang terlalu kuat hati...sekeras besi tempa...namun menjadi seperti kerikil...kekuatan kimia cinta itu membuatkan dirinya rapuh...
Untuk rindasahara sendiri...semestinya punya kimia cinta...kimia cinta rindasahara adalah semua insan yang berada di sekeliling rindasahara...selagi dia bersama rindasahara selagi itulah kimia cintanya mengalir dalam tubuh rindasahara...memberikan semangat dan jiwa...

Blok cinta

Haluuuuu...haluuuuuuuuuuu....masih lagi rindasahara bersawang ni...wahwahwah...sukanya dia ye...huhu...tak apa...dalam ruangan sendiri inilah rindasahara nak mengutuk, mengata,mencerca dan men’smash’ orang...sebab tak ada sesiapa yang boleh larang...wah...nampak benar gila kuasanya cik rinda ni ye...jom...merepak..merepak?apa benda tu...merepak adalah gabungan 2 perkataan...merepek+lepak...wahaha...pandainya...kamoolaa PROsak bahasa terulung rindasahara...huhuhu...
Okay...bersesuaian tajuk hari ni...rindasahara seperti biasa datang membawa jarum cerita rakyat...apa itu blok cinta ye...ada ke cinta main blok-blok ni...apa yang cik rinda nak merepak ni...nak tahu...check it out....
Blok cinta...semua antara kita pernah melaluinya...samada kita yang membina blok tersebut...atau kita yangterpaksa menghadapai blok cinta ni...okay..make it simple...contohnya...
Rindasahara adalah eksekutif yang baru di sebuah syarikat dinamakan XYZ (bukan nama sebenar)...dihantar ke sebuah jabatan dinamakan HR (juga bukan nama sebenar)...dalam jabatan HR (bukan nama sebenar itu) adalah beberapa eksekutif yang lebih senior...kita ambil contoh 3 orang eksekutif senior...2 orang lelaki dan seorang perempuan...eksekutif lelaki tu pula seorang sudah berumah tangga dan seorang lagi masih bujang trang tang-tang...dan eksekutif perempuan tu pula baru mendirikan rumah tangga...dinamakan sebagai Mr A,Mr B dan Ms C...masuklah rindasahara dengan muka selamba derk aje...penerimaan Mr A okay...tiada masalah...Mr B pula lagilah suka,boleh masuk jarum (katanya...kikiki...)...tapi Ms C ni lain macam sikit...dari mula rindasahara tiba sehinggalah ke saat ini (kononnya perasan sedang bekerja) sepatah pun tidak pernah menegur cik rinda ni...puas rindasahara mengipas,mengampu,merasuah...semua tak jalan...aiseh...dia ni memang keras betullaa...kalau ditegur tu buat ‘derk’ je...lepas tu segala macam salah rindasahara dicari walau sekecil zarah...lebih lagi apabila semua kumbang tertumpu pada sekuntum bunga yang mekar ditaman ni(perasan tak henggat...) terutama lelaki yang masih bujang...
Ms C telah membina satu ‘blok’ cinta...tidak mahu menegur rindasahara dek kerana cemburukan kecomelan dan kemanjaan rindasahara (PERASANNNN KAMOOO!!!)...juga kerana semua mata sudah terfokus kepada eksekutif muda yang masih bujang ini (cik rinda laa tu)...dek kerana cemburukan rindasahara yang aktif dan mendapat perhatian ramai ini (tak habis-habis perasan!!!), maka Ms C membina satu blok pemisah antara rindasahara dan dirinya...
Kenapa begitu?
Ada pepatah mengatakan bahawa ikutlah semangat padi...makin berisi tambah menunduk...jangan diikut semangat dedalu...tinggi diatas menongkat diri...rindasahara tidak menyalahkan Ms C kerana kejealousan nya itu...apa hak rindasahara untuk memaksa Ms C supaya menyukai rindasahara,kan...namun moralny di sini, jika rindasahara satu hari nanti berada di situasi seperti dia,jangan memperlakukan junior rindasahara seperti itu...Ms C berhak cemburu...kerana dia merasakan kedudukannya sebagai wanita nombor satu tergugat...dan blok pemisah dibina supaya rindasahara tidak dapat menggugat kedudukannya...
Ini bukan cerita mahu ‘menampar’ sesiapa...walaupun ada niatnya berbuat begitu...jangan kerana keegoan kita, kita mencemarkan moral dan akhlak kita..tiada yang sempurna...dan kita saling memerlukan...waima tukang sapu,kerani,penyelia,despatch...terus ke eksekutif,pengurus,pengarah...kita saling memerlukan...kalau tiada satu maka rosak semuanya...
Tak salah membina blok antara kita,untuk menanam sikap saling menghormati sesama kita...tapi binaannya cukuplah sekadarnya...tak perlulah mengikut dedalu yang tak kenal bumi...tetapi malulah seperti padi yang merasakan masih kurang segala segi...kita manusia yang banyak kekurangan...tak luak bertegur dengan sesiapa...waima makcik tukang jaga pokok bunga sekalipun...kadang-kadang mereka lebih arif mengenai soal hidup...tak perlu bersusah payah membina sebuah blok pemisah antara kita...
Cuma pesan rindasahara pada Ms C tu,terima kasih kerana memberikan pengajaran paling bermakna...kalau Ms C tak buat begitu, rindasahara pasti akan mendongak ke langit tanpa menjenguk ke bumi....


Rindasahara: Kau masih belajarlaa...poyo!!!perasan tak henggat...

Saturday, July 9, 2011

langit cinta

Haluuuuuuuu...akhirnya...rindasahara bersiaran lagi...kali ini masih dari cc...esok cuti...jadi boleh pegi bayar bb...apakahhh...huhuhu....

Orait...kali ni rindasahara nak bercerita...lagi...tentang apa?langit cinta?amenda tu?mahu tahu seterusnya...let's chech it out....

Baru-baru ni adalah rindasahara berkongsi cerita dengan seorang sahabat...mengenai cerita mereka...bila sudah melangkah ke alam pekerjaan...macam-macamlah yang berlaku...masalah utama adalah ganguan seksual...apa yang rindasahara lihat disini, isu ni bukanlah isu baru...rindasahara juga akui...hampir setiap jam digangu dengan bahasa yang kurang enak didengar...tapi mungkin rinda jenis malas nak ambil pusing...jadi buat tak tahu sahaja...huhuhu...

Isu ganguan seksual di tenpat kerja akan datang dalam pelbagai versi...versi fizikal,versi verbal dan versi godaan...bukan sahaja perempuan yang menjadi mangsa...lelaki pun sama...haaa...hati-hati lelaki diluar sana...huhuhuhu...bagi segi fizikal...itu biasalah...usik di tempat yang tak sepatutnya...kalau saya diusik di pipi pun boleh claimed sebagai ganguan juga ke?bergantung pada bagaimana usikan itu...menggoda?atau untuk mengambil berat?dari segi verbal...perkataan yang kurang enak dan lucah itu menjadi salah satunya...dari segi godaan seperti ajak keluar bersama...atau bermalam bersama...samalah tu...huhuhu...

Walau bagaimanapun,bergantung pada kita untuk menilai...bagi rindasahara, mental kene kuat...sebab rindasahara bekerja dengan 1200 orang pekerja lelaki...jadi kerenah itu yang terpaksan rindasahara hadapi...nak lari pun tak boleh kan...tetapi rindasahara mengelak ganguan itu dengan tidak melayaninya...buat tak tahu sudaa...huuhuhu...

Jadi...pengamal sumber manusia perlu memikirkan jalan terbaik untuk semua ini...ermmm...ada cadangan?

Rindasahara:timbal balas...wahahaha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...