Saturday, July 30, 2011

Blok cinta

Haluuuuu...haluuuuuuuuuuu....masih lagi rindasahara bersawang ni...wahwahwah...sukanya dia ye...huhu...tak apa...dalam ruangan sendiri inilah rindasahara nak mengutuk, mengata,mencerca dan men’smash’ orang...sebab tak ada sesiapa yang boleh larang...wah...nampak benar gila kuasanya cik rinda ni ye...jom...merepak..merepak?apa benda tu...merepak adalah gabungan 2 perkataan...merepek+lepak...wahaha...pandainya...kamoolaa PROsak bahasa terulung rindasahara...huhuhu...
Okay...bersesuaian tajuk hari ni...rindasahara seperti biasa datang membawa jarum cerita rakyat...apa itu blok cinta ye...ada ke cinta main blok-blok ni...apa yang cik rinda nak merepak ni...nak tahu...check it out....
Blok cinta...semua antara kita pernah melaluinya...samada kita yang membina blok tersebut...atau kita yangterpaksa menghadapai blok cinta ni...okay..make it simple...contohnya...
Rindasahara adalah eksekutif yang baru di sebuah syarikat dinamakan XYZ (bukan nama sebenar)...dihantar ke sebuah jabatan dinamakan HR (juga bukan nama sebenar)...dalam jabatan HR (bukan nama sebenar itu) adalah beberapa eksekutif yang lebih senior...kita ambil contoh 3 orang eksekutif senior...2 orang lelaki dan seorang perempuan...eksekutif lelaki tu pula seorang sudah berumah tangga dan seorang lagi masih bujang trang tang-tang...dan eksekutif perempuan tu pula baru mendirikan rumah tangga...dinamakan sebagai Mr A,Mr B dan Ms C...masuklah rindasahara dengan muka selamba derk aje...penerimaan Mr A okay...tiada masalah...Mr B pula lagilah suka,boleh masuk jarum (katanya...kikiki...)...tapi Ms C ni lain macam sikit...dari mula rindasahara tiba sehinggalah ke saat ini (kononnya perasan sedang bekerja) sepatah pun tidak pernah menegur cik rinda ni...puas rindasahara mengipas,mengampu,merasuah...semua tak jalan...aiseh...dia ni memang keras betullaa...kalau ditegur tu buat ‘derk’ je...lepas tu segala macam salah rindasahara dicari walau sekecil zarah...lebih lagi apabila semua kumbang tertumpu pada sekuntum bunga yang mekar ditaman ni(perasan tak henggat...) terutama lelaki yang masih bujang...
Ms C telah membina satu ‘blok’ cinta...tidak mahu menegur rindasahara dek kerana cemburukan kecomelan dan kemanjaan rindasahara (PERASANNNN KAMOOO!!!)...juga kerana semua mata sudah terfokus kepada eksekutif muda yang masih bujang ini (cik rinda laa tu)...dek kerana cemburukan rindasahara yang aktif dan mendapat perhatian ramai ini (tak habis-habis perasan!!!), maka Ms C membina satu blok pemisah antara rindasahara dan dirinya...
Kenapa begitu?
Ada pepatah mengatakan bahawa ikutlah semangat padi...makin berisi tambah menunduk...jangan diikut semangat dedalu...tinggi diatas menongkat diri...rindasahara tidak menyalahkan Ms C kerana kejealousan nya itu...apa hak rindasahara untuk memaksa Ms C supaya menyukai rindasahara,kan...namun moralny di sini, jika rindasahara satu hari nanti berada di situasi seperti dia,jangan memperlakukan junior rindasahara seperti itu...Ms C berhak cemburu...kerana dia merasakan kedudukannya sebagai wanita nombor satu tergugat...dan blok pemisah dibina supaya rindasahara tidak dapat menggugat kedudukannya...
Ini bukan cerita mahu ‘menampar’ sesiapa...walaupun ada niatnya berbuat begitu...jangan kerana keegoan kita, kita mencemarkan moral dan akhlak kita..tiada yang sempurna...dan kita saling memerlukan...waima tukang sapu,kerani,penyelia,despatch...terus ke eksekutif,pengurus,pengarah...kita saling memerlukan...kalau tiada satu maka rosak semuanya...
Tak salah membina blok antara kita,untuk menanam sikap saling menghormati sesama kita...tapi binaannya cukuplah sekadarnya...tak perlulah mengikut dedalu yang tak kenal bumi...tetapi malulah seperti padi yang merasakan masih kurang segala segi...kita manusia yang banyak kekurangan...tak luak bertegur dengan sesiapa...waima makcik tukang jaga pokok bunga sekalipun...kadang-kadang mereka lebih arif mengenai soal hidup...tak perlu bersusah payah membina sebuah blok pemisah antara kita...
Cuma pesan rindasahara pada Ms C tu,terima kasih kerana memberikan pengajaran paling bermakna...kalau Ms C tak buat begitu, rindasahara pasti akan mendongak ke langit tanpa menjenguk ke bumi....


Rindasahara: Kau masih belajarlaa...poyo!!!perasan tak henggat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...