Monday, February 28, 2011

Biar tersalah ampun,jangan tersalah hukum

Tiba-tiba saya teringat kepada kata-kata ni dari sebuah novel thriller karya anak Malaysia,Ramli Awang Mursyid.Saya mmbenarkan kata-kata itu.Benar,kita manusia tak pernah akan lari dari memberi hukum kepada manusia lainnya.Termasuk diri saya sendiri...

Dia pakai macam tu...kompem masuk neraka...
Dia tu tak pandai agama,buat malu je...
Ha?dia tu...memang patut pun kena balasan dari Tuhan.

Kadang-kadang saya terfikir, adakah kita diajar begitu?diajar untuk menjatuhkan hukum pada mereka?layakkah kita sebagai manusia menjatuhkan hukum kepada manusia lainnya?Ya,diakui ada yang akan berkata...

Alah,saya nak ajar dia.Bagitahu apa yang patut...
Dia tu memang patut kena ceramah.Kasi kaw-kaw sikit...

Memang benar,nasihat-menasihati adalah sesuatu yang menjadi kewajipan kepada kita.Namun harus diingat,tugas kita hanya menasihati,bukan ‘memaksa’ orang lain menerima ajaran kita.Kadang-kadang tanpa sedar kita mahu orang lain menerima nasihat dan saranan kita.Sesungguhnya,hidayah itu milik Yang Maha Kuasa.Tugas kita sebagai penasihat selesai.Hanya Yang Maha Kuasa yang mampu mengubah dan memberi petunjuk kepada mereka.Nasihat yang baik adalah nasihat yang berhikmah.Bukan dengan mencela dan mencaci mereka.Jauh sekali menghina.Itu bukan sifat yang dituntut oleh agama.Terkadang ada juga menggunakan elemen agama untuk nasihat begini,mempersenda,dan mencerca orang lain.Itu bukan cara kita.Adakah utusan Yang Maha Kuasa mengajar kita untuk mencerna orang lain?Malah bagi yang beragama Islam,Junjungan Mulia kita menasihati dan mengajar dengan penuh berhikmah.Tidak pernah mencerca,jauh sekali menghina.Pernah kita terdengar baginda menghina agama lain?tidak pernah kan.

Berbalik kepada cerita ini,kita sebagai manusia,layakkah memberi hukum kepada orang lain?kenapa?kerana kita terlalu sempurna?kerana kita punya segala-galanya?ilmu penuh di dada,lalu memandang rendah insan lainnya?ingat,yang layak menghakimi hanya Yang Maha Kuasa.Ya,mungkin si A itu perilakunya jahat,perilakunya menjijikkan,pemakaian tanpa mengikut syariat agama.lalu terus kita melabel dia sebagai ahli neraka?si B pula,kemalangan,kerana dia jahat,berbuat maksiat,lalu kita melabel dia sebagai pembalasan dari Yang Maha Kuasa?siapa tahu si A tadi akan berubah dan menjadi lebih baik dari kita dan menjadi ahli syurga.Malah kita pula sengaja menambah dosa sendiri yang kononnya merasakan diri ‘terbaik’.Siapa tahu juga si B mendapat petunjuk dari Yang Maha Kuasa dari kemalangan itu?siapa kita untuk mengadili?siapa kita untuk menjatuhkan hukum?adakah kita sudah mencapai tahap ahli sufi?wali?sudah terang-terangan akan ke syurga seusai mati?

Apa yang mampu kita lakukan ialah,menasihati dan mengambil iktibar dari setiap yang berlaku.Bukan menghakimi.Jauh sekali menjatuhkan hukum. Sebab itu adanya pepatah ‘yang baik jadikan teladan,yang buruk jadikan sempadan’.


Ingat,biar tersalah ampun,jangan tersalah hukum (Ramli Awang Mursyid,novelis triller Malaysia)

Saturday, February 26, 2011

Secangkir cinta & sebuah perkahwinan...

Pada Suatu Hari Reza bertanya kepada gurunya mengenai cinta dan perkahwinan...
sewaktu Reza bertanyakan apa itu cinta, gurunya berkata....
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan pilihlah ranting yang kamu rasakan terbaik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan membawa ranting tersebut”.
Reza pun bersiap ke hutan untuk beberapa ketika.Setelah sekembalinya dari pengembaraan,Reza menemui gurunya tanpa membawa walau sebatang ranting.Gurunya bertanya manakah ranting yang dipesan dan Reza menjawab.. 
"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting  yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Gurunya pun berkata
“ Itulah....Cinta”.
Lalu Reza bertanya apakah makna sebuah perkahwinan. Gurunya pun menjawab...
“ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah memilih pokok yg kau fikir terbaik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Reza ke dalam hutan beberapa ketika.Setelah selesai,Reza pulang dengan membawa pokok yang tidak terlalu tinggi dan kurang cantik.Gurunya pun bertanya kenapakah pokok itu menjadi pilihannya dan Reza pun menjawab...

“Saya dapati pohon yang baik....Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastinya saya tak mampu untuk membawanya keluar dari hutan …. Akhirnya pohon itu saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin saya akan merawatnya dan menjadikanya lebih baik”.

Lalu gurunya pun berkata: “ Itulah makna sebuah Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita.Seperti pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan hanya satu pilihan.Bila terlalu memilih...kita akan kehilangan kesemuanya, kerana kesempatan untuk memilih datang hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar,dan waktu yang berlalu tidak akan kembali untuk kita...

Friday, February 25, 2011

Polaris cinta lalu...

Sang polaris cinta lalu...
Aku tahu aku tidakkan pernah selayaknya untukmu. Kau terlalu sempurna untuk aku miliki jiwa dan hatimu. Sedang aku hanya insan biasa, tanpa keistimewaan yang mampu membuatkan semua yang memandang untuk menoleh buat kedua kalinya. Kau punya segala yang didambakan insan. Bijaksana, baik hati, berkarisma. Sedang aku tak punya semua itu. Tidak sekali! Semua yang memandangmu pasti memujimu melangit tinggi, betapa kau disanjung kerana sifat yang kau miliki.Namun aku cuma mampu menahan gundah airmata dari terusan membasahi...menghiasi taman redup di hati...

Duhai polaris cinta lalu...
Aku tahu aku tidak selayaknya untukmu. Betapa riakmu menyapu dedebunga cinta ini bertebaran pergi.Melukai bagai sembilu menusuk tangkai hati.Perih aku menanggung kerinduanku.Namun jerih lagi jiwaku terseksa.Walaupun tanpa suara.Tanpa ada mengetahui deritanya.Sungguh,tertanya ku sendiri.Apakah ku terlalu sabar menanti sang polaris menjadi penyuluh diri.Atau dirimu yang mengisyaratkan,aku bukanlah impianmu.Lalu aku tega. melepaskan sebuah kasih,walau jiwaku bagai dipanah duri bisa.Tuhan, aku cuma insan.

Polaris cinta lalu...
Walau cinta ini sudah lama terhenti. setibanya ku di bumi bertuah ini,namun saat-saat mengenalimu akan menjadi salah satu coretan dalam novel cintaku.Cukuplah,ku enggan derita lagi.Pintaku,Jauhiku semampumu.Jangan dekati aku.Kerana bahagiaku kini bersamanya...

Polaris cinta lalu ku...    
Aku mendoakan kau akan bertemu dengan seseorang yang mampu membahagiakan dirimu buat selamanya. Aku hanya mampu memandang dari jauh, walaupun teringin sekali diri ini memiliki jiwa seluhur jiwamu.Bukan takdir kita bersama,walau berjumpa,walau pernah tersua rasa, walau auranya pernah memberikan jiwa pada cinta.Ku pasrahi hati...pada cinta yang takkan termiliki...

~rindasahara 2008~

Sunday, February 20, 2011

Andai ku...

Andai ku setegar karang...
Akan ku tempuhi badai samudera...
Tanpa gentar...tanpa ragu...
Demi ikan yang menjadi nadi dasarnya...

Andai ku seteguh aur...
Kurelakan jasad dihempas pasang surut air...
Kuabadikan raga disergahi angin puput...
Demi tebingan yang memaut...

Andai ku sekuat dedaunan...
Kurelakan diriku mengikut arah angin...
Walau akhirnya ia membuatkanku jatuh kebumi...
Takkan sesekali ku mendedami...

Sayang...ku bukanlah karang...
Jauh sekali aur...
Bukan jua dedaunan...

Jiwa ini terlalu rapuh...
Waima luarannya terlihat ampuh...
Kerana...ku cuma insan biasa...
Tangisan itu hiasan rasa...
Menyepilah...tanpa ada celanya...

Friday, February 18, 2011

Bumi Cinta

Bumi ini penuh cinta...
Lalu ku menulis kerananya...
Tentang keindahan rupa...
Tentang siulan rasa...
Menjadi nadi setiap raga...

Bumi ini penuh cinta...
Lalu kemabukan rasa menukarkan sinarnya...
Sedari kelam cahaya...
Sehingga nyatanya...
Kau yang teristimewa...

Bumi cinta ini milik kita...
Hijau rimba...biru samudera...
Tersemai cinta tiada tara...
Kerana kau istimewa...
Milikan terindah dunia...

Selamat mencari cinta!!!

Mulanya...cinta itu bukanlah sesuatu yang diimpi...cinta itu bukan pilihan untuk mengukir sebuah bahagia...alangkah cinta itu dibenci...tatkala mengenang betapa cinta itu pernah membuatkan jiwa kecil ini derita kerananya...
Aku takkan pernah layak untuk memiliki cinta!!!
Aku takkan pernah mampu memberikan cinta sebaiknya!!!
Kerana diriku tak pernah ada yang sempurna!!!
Lalu diri membenci cinta...enggan menerima apa-apa mengenai cinta...
Persoalannya...layakkah kita membenci cinta?Tuhan ciptakan cinta...untuk kita mengenal erti kasih sayang...menghubungkan setiap yang terpisah dengan cinta...melihat konsep asas perkahwinan itu sendiri...ia memberi erti penyatuan...bukan hanya 2 hati...malah dua keluarga...dua masyarakat dan budaya...jika kita bertemu cinta dengan yang selain dari kalangan kita...keluarga yang jauh dirapatkan...yang rapat didekatkan...indah kan...cinta yang diciptakan Tuhan...
Kerana cinta juga sahabat akan menangisi setiap kesakitan dan kesusahan sahabatnya yang lain...sama-sama menghulurkan bantuan...sama-sama berkongsi tawa dan pilu...kerana cinta sahabat sanggup berbuat apa saja demi menjaga hati sahabat yang lainnya...indahnya cinta yang diberikan Tuhan kepada kita...
Kerana setitis cinta itu juga...kita berkorban apa saja...si ayah dan ibu berkorban masa,tenaga dan ringgit malaysia,dolar brunei,rupiah indonesia...semua kerana cinta...kerana cinta juga si sahabat berjanji akan memberikan yang terbaik buat sahabatnya...dan kerana cinta...si isteri menjadi pelengkap kepada suaminya...
Cinta juga mengajar kita erti hidup...dengan cinta,kita merasai manisnya sebuah kejayaan...merasai pahitnya kegagalan...dan memberi hidup kepada sekelian rasa...sayang,kasih dan percaya...kejayaan sebuah cinta memberi rasa bahagia...kerana kegagalan sebuah cinta menguatkan rasa bahawa itu bukan petanda dirimu gagal selama-lama...cinta mengajar kita untuk menjaga hati...menjaga seluruh rasa segenap maya...berbuat baik pada semua...dan belajar untuk menyintai jika mahu dunia menyintaimu...
Cuma jangan kerana cinta,kita gagal menjadi insan berguna!!!
Selamat mencari cinta...pahit manisnya jadikan azimat...menjadi madu dan penyembuh luka paling dalam...di ruang hati...

Wednesday, February 16, 2011

EXAM...OHHH...EXAM...

Seriously allergy with this kind of things...even to see the banner of it...i will be injured through my heart in sudden!!!aaaghhhh...parah penyakit ni...tapi ku sendiri pun tak tahu...kenapalaa ku sangat tak suka exam dari kecik sampailaa dah besar ni...

Kalau dulu bermula dengan UPSR...serius rasa nak tercabut urat jantung dengar ku kena exam...macam-macam motivasi dah ayah beri...tapi tak jalan...berlanjutan sampai PMR...SPM pun ku da plan tak mau lagi ambil STPM...last-last...orang cakap yang tak mahu itulaa yang Tuhan lagi suka kita hadapi...waaaaaaaaaa!!!ku masok tingkatan 6...gila kentang...mau tak mau...ambil jelaa STPM tu...kalo tak kene ambil STPM satu lagi tu...apa dia??? Sijil Tunggu Peminangan Masuk...itu satu lagi sijil yang ku allergy time muda-muda dulu..ingatkan masuk U da habislaa bab-bab exam ni...rupa-rupanya...sungguh ku kuciwaa...masih ada lagi ke?waaa...lagi dahsyat...exam dalam bahasa inggeris sume skali...ambik kau!!!baru tahu betapa langit tu tinggi ke rendah..wahahau...nangis loooo...

Tapi time skool dulu...ku ni kira bertuah jugalaa kot...sebab walaupon malas tahap dewa punya nak study untuk exam...Tuhan bagi ku ni rezeki...result exam takdalaa teruk sangat...average in middle...not too smart but also not too dumb...actually i can cope with that but my mental models always say...I HATE EXAM DAMN MUCH!!!...serius kan penyakit ni...sampai satu hari dulu ku pernah cakap kat kaunselor ku...kenapa perlu exam?kenapa perlu belaja sampai 5,6 tahun semata-mata nak jawab soalan exam yang bukan kuar sume pun...sume main forecast je...salah ramal ku yang merana...dek kerana terlalu berorientasikan exam ni membuatkan sume akan berfikir untuk past exam je...maknanya keseronokan belajar akan ilang...ches...mengomen tu tak ingat dunia...macam laa kementerian pelajaran tu ku yang punya kan...ish...ish..ish...tapilaa kan...kadang-kadang manusia yang cemerlang dalam exam tu bukan sume boley pakai pon...kalau kita lihat kan...pelajar cemerlang kerana exam...masuk pasaran kerja fail juga...sebab terlalu suka dengan exam...kot...lalala...

Apa-apa pun...dari sudut positifnya exam tu perlu...cuma kitalaa yang perlu tahu macamana nak cope dengan keadaan tu...sebab Tuhan cipta manusia ni kompleks...tak semua kita sama...walaupun philosopher mengkaji ada berjenis-jenis manusia...tapi hakikatnya banyak jenis manusia yang masih terbengkalai untuk dikaji...seperti ku ni...antara manusia abnormal yang paling tak suka exam...dan sedang cuba untuk menerima hakikat exam itu perlu...da 22 (22???) tahun idop pon masih tak dapat terima hakikat exam itu perlu...alahai...sedey beno...huhuhu...

Kita akan terus hadapi exam sampai mati pun sebenarnya...kenapa?yelaa...nak nikah ada exam...sebelum pass nak nikah kne jumpa mak mertua ada exam gak...ku pon dah kne tegur ngan bakal mak mertua sebab FAIL bab masak...ngaku dulu sebelum kene...tulaa...belajar aje sebab nak pass exam...sampai masak pon tak pandai...sampai skang pon kalau ada orang bertanyakan ku mak akan jawab "Alah anak perempuan saya tu bukan pandai masak"...maksudnya?tak lulus laa exam bab masak tu...waaa...kalau camtu knelaa berusaha untuk pass exam...memasak...hihihi...

Kepada adik-adik yang bakal jawab exam, study smart...jangan push diri kalau tak dapat study...huhuhu...kepada diriku juga...selamat menempuhi exam demi exam...lalala...daaaaaaaaaaaaaaa....

Monday, February 14, 2011

Pudar Kasih

Ku melihat dia keseorangan...hah! ada ku kesah? tapi dari tadi dia asyik main henpon dia...chait...ini tak boleh jadi...nampaknya kasih sayangnya pada henpon tu melibihi kasih sayang dia pada ku...lalu ku datang menghampirinya... "Ye sayang, kenapa..." kau tanya lagi ku kenapa kan...ku datang ni nak minta manjalah...vongok...hah! marah betul ku dengan dia...sejak dia ada henpon baru tu...terus dia mengabaikan ku...kalau tak...makan ku dia suapkan... ku mempamerkan wajah merajuk...kau tak nampak ke...ku merajuk ni?...alahai, tak faham ke... "Kenapa ni..." dia mula berlembut dengan ku... aku semakin menarik muka...dan berlalu meninggalkan dia yang kebingungan...

Malam tu mataku enggan lelap...haish...ku terdengar perbualan dia dengan seseorang dia henpon...ikot ati ni, nak aje ku henyak-henyak henpon tu dan buang dalam longkang...ingat kau ba....gusss sangat...geram betul ku...gara-gara henpon cikai tu...dia langsung tak pedulikan ku...makan pun ku makan sendirian...tak macam selalu...dia temankan...bersama senyuman...alahai...indahnya dunia bersamanya...senyuman indah itu sepatutnya milik ku...ku tak kira...ku nk selidik siapa dalang disebalik semua ini...dalang disebalik perubahan sikapnya yang semakin mendingin denganku...kalau ku dapat...siap jantan tu ku kerjakan...berani-berani dia menganggu ketenteraman orang lain...

Esoknya ku keluar seperti biasa...dia masih tidur di bilik...ku mahu membawa hati yang lara ini...tergamak dia menduakan ku...apakah salahku...adakah ku tak cukup sempurna untuk dia...erm...tak apalah...ku enggan memikirkan selebihnya...kasih sayangnya sudar pudar untukku...mungkin...ku perlu bersedia untuk kehilangannya...bersedia untuk kehilangan sebuah kasih sayang...masih terbayang diruang mata...lambaian tangannya...mulus senyumnya...lembut suara dan halus tangannya...bersabarlah duhai hati...ku tak patut menangis kerana dilukai oleh seorang wanita!!!

"Haa...sayang pergi mana...2,3 hari tak balik..." baru perasan kehilanganku...kenapa tak cari? Puas merajuk...akhirnya pujuk diri sendiri juga untuk pulang...dia membaca surat khabar...ai? tak nampak ke ku baru balik ni...bukan nak sambut seperti selalu...sungguh...dia semakin menjauhiku...sob...sob...kenapalah ini terjadi padaku...sayang...tergamak kau dusati aku...berterus teranglah....

Ku hanya berteleku di pangkin...mengenangkan kasih sayang yang semakin pudar...beginikah pasangan bahagia...akhirnya dia menduakan ku...kesetiaanku dibalas racun berbisa...ohh!!!Tuhan...ku sengsara...ku lihat dia menghampiriku...jiwaku terdera...perlukah kulafazkan kata-kata keramat itu..ermmm...

"Apok,cayang mucuk-mucuk...jom makan...pastu mandi..2,3 hari tak balik badan kotor..."Dia mengendongku..."Miaw!!!" ku cuma mengiyakan...waa...dia masih menyayangiku...terima kasih, Tuhan! I LOVE IT...


apok ku sayang...kuat merajuk ni!!!

Saturday, February 12, 2011

Setahun Musim Cinta...

Setahun musim bercinta...macam lirik lagu pulak bunyinya kan...tapi ini cuma menggambarkan setahun cinta ku dan dia...sebenarnya pertemuan kami ni tak pernah dirancang pun...ku dengan mamat kat sebelah ni berkenalan secara kebetulan je kat Facebook...macam tak percaya je kan...tapi sampai sekarang ku tak dapat lupa ayat power melebihi laser yang pnjaga gol indon kena kat bukit jalil tempohari beb...dia buka kotak chat dan bertanya...


Dia: Hai...
Ku: Salam...(dalam hati: ko tak pandai beri salam ke???)
Dia: W'salam...blh kenal?
Ku: (Asal lak nk kenal ku?) Perlu ke saya kenal awk???
Dia: Perlu...
Ku: (Selamba sungguh mamat ni...) Okay...

Dengan segala kesombongan tahap dewanya...ku layan acuh tak acuh jelaa...bila diri perasan cun...camtulaa...kan...last dia bagi nombor dia...bila nampak kesungguhan dia...ku pun lembut hati...okaylaa...atas tiket sahabat kan...apalah salahnya ku kawan dengan dia...siap plan lagi...agak-agak melampau mamat ni ku blah...kuang asam tol...hihihi...okaylaa...kami pun jadi kawan...
Lastnya...ku termakan kata-kata ku sendiri...ngeeeee~~~~

Hafiz & Rozie...selalu selama...

Okay...itulah permulaannya perkenalan kami...macam kelakar je...ku akui dia ni jenis baik...paling ku terkujat dia cakap dia tak merokok...aiseh...ku mula rasa best kan...yelaa...first time dengar lelaki tak merokok...dia cakap dia pernah cuba 5 minit je sepanjang hidup dia untuk merokok...tu pun rasa terbakar paru-paru...dia katalaa...bukan ku yang kata...hihihi...

Satu hari kami mesej macam biasa...tup-tup ari tu dia luahkan perasaan dia...aiseh...mulanya ku berat nak terima...ku minta beberapa hari untuk ku berfikir dan memohon petunjuk dariNYA...hah!!!time ni baru nk cari minta petunjuk..sebenarnya ku serik dengan cinta ku sebelum...dan ku fikirkan macam malas dah nak bercinta apa sume...serik beb...bila kita sayang orang tapi orang tak tahu dan kalau tahu pun kompem kena kutok habis punya walaupun kita punya ikatan...muka ku ni...bukan taraf Siti Nurhaliza punya muka...boleh jual...so...ku pun pendam ajelaa...kira kategori cinta dalam hati...nak cakap tapi segan...takut kena reject sebab ku tak santeeek beb...last-last ku yang merana...tapi ku doakan ex ku tu jumpa orang yang mampu mengasihi dia sepenuh hati...aminn...

Habis pasal cinta ku ngan ex ku...lalu ku memikirkan kembali mengenai lamaran...wah...lamaran beb...huhu...lamaran dia...ku cakap pada diri ku...why not ku cuba kan...takkan kerana sejarah silam tu ku nak hukum sume lelaki kan...jadi ku pun cakaplaa.."Okay...kita boleh cuba..."
Hihihi...kelakar tahap awan je kan...couple dalam fon...mula-mula fikir juga, betul ke tindakan ku ni...ku tak kenal dia...jumpa tak pernah...tapi ku pujuk ati...Tuhan takkan bagi ku yang ikhlas kalau ku tak ikhlas meyayangi dia...jadi...ku pun berkata...ku akan sayang dia tanpa syarat...kalau betul dia ikhlas..takpe...kalau sebaliknya pun...ku terima sebagai takdir cinta...

Gambar-gambar ni time pertemuan pertama kitorang...pergi I-city kat Shah Alam...first time jumpa macam kekok je...tapi dia boleh berlagak selamber...so, macam mencabar kan...ku pun buat-buat selamba jugak...dia boleh takkan ku tak boleh kan...lalala..


da jumpa parent dia pun...huhu...

Leka dok cerita...lupa plak nak kenalkan dia kan...huhuhu...nama dia Mohammad Hafizzul..anak sulung dari 2 orang adik beradik...tinggal di Klang, Selangor bersama parent dan adik dia yang belajar di tingkatan 4...kami sebaya...dan mungkin kerana itu kami mudah  serasi...bezanya dia dilahirkan di bulan April...dan ku di bulan September...orangnya biasa-biasa saja...dan kenapa ku sayang dia hanya Allah yang tahu...dan begitu juga dia...namun apa yang ku tahu...ku sayang dia...tanpa syarat...
Pada ku...dia lelaki terbaik yang pernah ku jumpa...ku tak sangka...muka macam garang...tapi dalam ati ada taman...selama ku bersama dengan dia...dia sangat menghormati ku sebagai perempuan...dia pendorongku untuk terus berusaha sampai berjaya...kalau ku tension...ku tepon dia...kompem ilang sume tension sebab dia akan jadi pendengar setia...sifat dia sedikit manjalaa...besalaa...adik beradik tak ramai...hihihi..sorry sayang...terkutok lebih ni...lalala...
bercakap mengenai persamaaan dan perbezaan kami...ku rasa banyak perbezaan kot...yelaa...kalau dilihat dari segi fizikal...ketara dia lebih tinggi dariku...dari segi sifat...kami banyak berbeza dari segi selera makan...dia kurang gemar dengan kopi atau nescafe dan ku ni memang dah addict dengan dua benda alah ni..dia penggemar teh tarik dan itulaa yang tak pernah ku minum sepanjang hidup ku...a.k.a tak gemar langsung...dia kurang gemar kue tiaw..tapi ku ni pantang jumpa kuetiaw...dia gemar makan bihun...ku ni makan bihun banyak sikit memang berumahtangga di toiletlaa jawabnya...selera dia lebih kearah utara...besalaa mak ayah dia berasal dari Perak tapi selera ku lebih terarah ke pantai timur sebab parents ku anak jati Pahang...paling ketara, dia bukan penggemar Mc D...dan ku ni...haish...xleh berpisah dengan Mc D...lalala...banyak beza kan...hihihi...so...macamana nak selesai...bertolak ansurlaa...kan...hihihi

doakan kami bahagia sampai bila-bila...
Dan 13 Februari genaplah kami setahun menjalin kasih...mungkin terlalu awal untuk bercerita mengenai masa depan..memandangkan ku pun masih belajar dan kami masih muda untuk memikirkan itu...cuma perancangan kami...InsyaAllah...inilah cinta yang terakhir untuk kami dan kekalnya sehingga adanya ikatan pernikahan dan sampai ke syurga...amin...

Thursday, February 3, 2011

trip to Sabah-the land under the wind

pengawal airport tanpa gaji...hihihi...
 Have a nice trip in my life...gila kentang betul best nya...pergi berkawan kawan seramai 6 orang ni memang satu pengalaman yang sangat-sangat indah...ada yang pahit... manis.. payau... masin... pendek kata memang banyaklaa pengalaman-pengalaman itu...dari Kuching International Airport ke KK International Airport mengambil masa lebih kurang 1 jam dan 25 minit...sekejap aje kan...dan kami pula pandai-pandai ambil tiket pagi-pagi buta,pukul 6.05 minit...memang malam tu berkampung kat airport sume skali... dan hasilnya inilah gambar-gambar penjaga airport tak de gaji...lalala...

nemo di airport kuching...mintak seko boley????

come to mama,babe...huhuhu...

 Walaupun jam sudah merangkak ke pukul 3 pagi...sebagai pengawal.. terpaksalah bertahan... mengantuk derr...huhuhu
 Sebelum berangkat...eloklah kita refreshment dulu...mc d juga yang menjadi pilihan...hihihi....i lovin' it...
muka-muka hantu mc d...awl2 pagi boleh belasah mc d...aiseh....hihihi...

berposing sebelum berangkat....
 Setelah semalaman menunggu...maka ada pengumuman menjemput kami ke balai berlepas...sesampai di sana...sudah ada pesawat menunggu kami semua..aiseh...terasa macam VIP pulak kan...hihihi...layannnn~~~~
kerusi panas atau kerusi sejuk???nama satu pilihan hati...

 Sampai saja di Sabah,kami terus diangkut ke Kundasang...tapi yang tak bestnya sesampai saja disana,hari hujan...jadi tak dapat masuk ladang...bayaran untuk ke sana sebuah van RM250 van cater...macam cameron highland jugalaa...lebih kurang jalan dia...sesiapa yang tak tahan...dipersilakan membawa bekal plastik yee...lalala...
Inilah Kundasang...di kaki Gunung Kinabalu....

Ada pelbagai spesies bunga,sayur-sayuran yang dijual di Kundasang ini...pendek kata...memang macam cameron highland laa...hihihi....
 Kundasang terletak di kaki Gunung Kinabalu...dan dari Kota Kinabalu,perjalanan mengambil masa belih kurang 2 jam untuk ke sini...dan sepanjang perjalanan,kami disajikan dengan pemandangan indah dari kaki gunung...udara sangat nyaman..dan sejuk pun...ye...huhuhu...





Gambar-gambar sepanjang jalan ke Kundasang.....



Dalam perjalanan pulang...kami sempat melalui jambatan tamparuli yang menjadi nadi bagi penduduk Tamparuli...ingat lagu Tamu Tamparuli...inilah jambatannya...huhuhu...






Setelah penat mendaki Kundasang...kami mengisi perut di bandar KK..di sini tak susah untuk mencari tempat makan kerana banyak restoran halal di sini...jadi...jom makan2...

makanan pertama saya di KK..mee goreng ala mamak..yummy!!!
 Setelah perut diisi...sempat juga kami merayau-rayau di bandar KK...dan antara tempat yang kami lawati ialah Wisma Merdeka dan Suria Sabah...sempat mencuri peluang mengacukan kamera...jom klik-klik Sabah....


Habis satu hari....huhuhu
Keesokan harinya...kami menjelajah ke Pulau Manukan...sebenarnya...saya tak nak pergi atas alasan escort sorang sahabat yang sakit...sebenarnya cuak dengan air...tapilaa kan...tibe-tibelaa sahabat saya tu boleh sihat dan ada pulak offer pergi sana...memang terus rembatlaa peluang tu...cuak memang cuak...tapi muka buat-buat cool...dalam ati...ya Allah...kalaulaa ada jerung ke...hape ke...mak aihhh...cuak beb!!! tapi sebelum tu...bergambar di waterfront dulu...yeah....


 Di sepanjang tebingan laut ini,kami dapat melihat kapal lalu lalang...gelagat pelbagai ragam manusia dan kecantikan tebingan laut ni...dengan ombak menghempas batu...memang best je dengar...indahnya....
Kemudian kami mengambil bot untuk ke Pulau Manukan..mengambil masa 15 minit ke sana...dengan bayaran sebanyak RM100 untuk satu bot yang mampu memuatkan seramai lebih kurang 6-8 orang dalam satu-satu masa...

 Akhirnya...manukan mari...yeihaa...saya sempat bertanyakan kepada pakcik bot yang kami gunakan...sempat bersembang-sembang panjang juga...di sini terdapat 4 buah pulau yang menjadi lokasi Taman Laut Tunku Abdul Rahman iaitu Manukan, Mamutik, Sapi dan...satu lagi tak ingat...dipulihara oleh pihak Taman Negara Sabah, manukan menjadi pulau pilihan ramai pelancong kerana pantainya dan kemudahan yang tersedia lebih lengkap berbanding yang lainnya...tetapi jika anda berhasrat untuk mengelilingi kesemua pulau...siap mandi manda dan bergambar sakan...pakej bot diberikan hanya RM 300 untuk sepanjang hari...sesuai untuk seisi keluarga tu...hihihi...



Dengan bayaran sebanyak RM3 bagi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas dan RM1 untuk kanak-kanak bawah 18 tahun,anda bebas melakukan skuba diving, snorkeling dan sebagainya...membina istana pun boleh...tapi istana pasirlaa...huhuhu...anda juga boleh menyewa alatan seperti life jacket, goggle dan kasut itik dengan harga yang berpatutan...


 Bagi mereka yang inginkan lebih pengalaman...Scuba-Doo pasti menjanjikan satu pengalaman menarik untuk anda....budak kecik pun terlibat sama tau...huhuhu...seronok bagi mereka yang teruja dengan air...bukan saya...lalala...


Dan inilah antara snapshot saya di Pulau Manukan...





tadaaaaaaaaaaaa.......
Selama 3 hari 2 malam kami di sini...kami menginap di Akinabalu Youth Hostel...affordable, convenience, helpful and friendly staff...it is so good for all...berbaloi baloi di sini...terletak di tengah-tengah bandar KK, Akinabalu satu tempat yang sangat mudah untuk dicari...di Jalan Gaya, bersebelahan Agro Bank...
di sini ada pakej bilik dormitory dan bilik private dengan bayaran serendah RM 28/seorang...jika berminat, anda boleh membuat tempahan di 088-272188 dan website: www.akinabaluyh.com


Terkenal dengan makanan lautnya...kedatangan anda ke Sabah tidak lengkap tanpa menikmati makanan laut ini....wahwahwah...memang meriah dengan pelbagai gelagat pembeli dan penjual...ketam...udang...sehingga pelbagai jenis ikan bakar dijual dengan harga yang berpatutan...dimana?di belakang pasar kraf tangan atau dikenali senagai pasar filipina...

barisan ikan-ikan...
barisan udang-udang...

mak aih...ketam!!!
bapak udang nih!!!
sedapnyaaa....
ratu ketam...


sotong bakar...
Antara pemandangan di sekitar Kota Kinabalu....
Atkinson Clock
Atkinson Clock adalah salah satu monumen di tengah-tengah bandar KK...pemandangan agak cantik dan menawan hati sesiapa yang melihatnya...menurut cerita setempat...ia dibina oleh seorang rakyat British bersempena kematian anaknya...sejauh mana kesahihan cerita ini...anda boleh mengkajinya sendiri...:)

Sebelum pulang...sempat kami berehat di Akinabalu Youth Hostel...dan inilah gambar terakhir sebelum kami berangkat pulang...

  
Lengkaplah sudah pengembaraan kami selama 3 hari dan 2 malam di Sabah...di hari terakhir kami di Sabah,kami berpeluang berjalan-jalan di pasar filipina dan membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan di Sabah...apa-apa pun...kenangan indah ini akan tersemat di ingatan kami semua...sayonara Sabah...see you next time!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...