Friday, February 18, 2011

Selamat mencari cinta!!!

Mulanya...cinta itu bukanlah sesuatu yang diimpi...cinta itu bukan pilihan untuk mengukir sebuah bahagia...alangkah cinta itu dibenci...tatkala mengenang betapa cinta itu pernah membuatkan jiwa kecil ini derita kerananya...
Aku takkan pernah layak untuk memiliki cinta!!!
Aku takkan pernah mampu memberikan cinta sebaiknya!!!
Kerana diriku tak pernah ada yang sempurna!!!
Lalu diri membenci cinta...enggan menerima apa-apa mengenai cinta...
Persoalannya...layakkah kita membenci cinta?Tuhan ciptakan cinta...untuk kita mengenal erti kasih sayang...menghubungkan setiap yang terpisah dengan cinta...melihat konsep asas perkahwinan itu sendiri...ia memberi erti penyatuan...bukan hanya 2 hati...malah dua keluarga...dua masyarakat dan budaya...jika kita bertemu cinta dengan yang selain dari kalangan kita...keluarga yang jauh dirapatkan...yang rapat didekatkan...indah kan...cinta yang diciptakan Tuhan...
Kerana cinta juga sahabat akan menangisi setiap kesakitan dan kesusahan sahabatnya yang lain...sama-sama menghulurkan bantuan...sama-sama berkongsi tawa dan pilu...kerana cinta sahabat sanggup berbuat apa saja demi menjaga hati sahabat yang lainnya...indahnya cinta yang diberikan Tuhan kepada kita...
Kerana setitis cinta itu juga...kita berkorban apa saja...si ayah dan ibu berkorban masa,tenaga dan ringgit malaysia,dolar brunei,rupiah indonesia...semua kerana cinta...kerana cinta juga si sahabat berjanji akan memberikan yang terbaik buat sahabatnya...dan kerana cinta...si isteri menjadi pelengkap kepada suaminya...
Cinta juga mengajar kita erti hidup...dengan cinta,kita merasai manisnya sebuah kejayaan...merasai pahitnya kegagalan...dan memberi hidup kepada sekelian rasa...sayang,kasih dan percaya...kejayaan sebuah cinta memberi rasa bahagia...kerana kegagalan sebuah cinta menguatkan rasa bahawa itu bukan petanda dirimu gagal selama-lama...cinta mengajar kita untuk menjaga hati...menjaga seluruh rasa segenap maya...berbuat baik pada semua...dan belajar untuk menyintai jika mahu dunia menyintaimu...
Cuma jangan kerana cinta,kita gagal menjadi insan berguna!!!
Selamat mencari cinta...pahit manisnya jadikan azimat...menjadi madu dan penyembuh luka paling dalam...di ruang hati...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...