Saturday, February 26, 2011

Secangkir cinta & sebuah perkahwinan...

Pada Suatu Hari Reza bertanya kepada gurunya mengenai cinta dan perkahwinan...
sewaktu Reza bertanyakan apa itu cinta, gurunya berkata....
“Masuklah kedalam hutan, pilih dan pilihlah ranting yang kamu rasakan terbaik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan membawa ranting tersebut”.
Reza pun bersiap ke hutan untuk beberapa ketika.Setelah sekembalinya dari pengembaraan,Reza menemui gurunya tanpa membawa walau sebatang ranting.Gurunya bertanya manakah ranting yang dipesan dan Reza menjawab.. 
"Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus, tetapi saya berfikir barangkali didepan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting  yang sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa”.
Gurunya pun berkata
“ Itulah....Cinta”.
Lalu Reza bertanya apakah makna sebuah perkahwinan. Gurunya pun menjawab...
“ Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah memilih pokok yg kau fikir terbaik dan bawalah keluar dari hutan”.

Maka masuklah Reza ke dalam hutan beberapa ketika.Setelah selesai,Reza pulang dengan membawa pokok yang tidak terlalu tinggi dan kurang cantik.Gurunya pun bertanya kenapakah pokok itu menjadi pilihannya dan Reza pun menjawab...

“Saya dapati pohon yang baik....Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastinya saya tak mampu untuk membawanya keluar dari hutan …. Akhirnya pohon itu saya tinggalkan. Kemudian saya temukan pohon yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini di depan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin saya akan merawatnya dan menjadikanya lebih baik”.

Lalu gurunya pun berkata: “ Itulah makna sebuah Perkahwinan ”.

Begitu banyak pilihan didepan kita.Seperti pohon beserta rantingnya didalam hutan, tetapi kita mesti menentukan hanya satu pilihan.Bila terlalu memilih...kita akan kehilangan kesemuanya, kerana kesempatan untuk memilih datang hanya sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang beredar,dan waktu yang berlalu tidak akan kembali untuk kita...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...