Wednesday, May 11, 2011

Diriku tanpa cinta

Ermmm...hari ni rindasahara nak menyawangkan diri lagi...kelihatan sudah teruk si rindasahara ni menjadi blogger...tak apalaa...dan kali ni rindasahara nak membawa semua pembaca menjengah...let's check it out...

Diriku tanpa cinta...kedengaran agak sadis dengan perkataan ini...apakah cinta di dunia ini telah mati sampai cik rinda ni nak mempersoalkan mengenai cinta...tidaklah begitu...apa yang rindasahara ingin katakan di sini...mampukah kita berdiri tanpa cinta?adakah kita mampu menerusi kehidupan ini tanpa cinta...jika anda katakan ya...jawab pertanyaan rindasahara ini...adakah anda dijadikan tanpa cinta dari ibu dan bapa?membesar di dalam rahim ibu tanpa cinta?lahir kedunia tanpa cinta?meniti usia tanpa cinta?jika anda katakan YA...check balik diri ada...benar anda manusia?

Sebermulanya kita...dari cinta ibu dan bapa...tidak kira apa taraf kita...kita adalah pemenang cinta ibu dan bapa...dalam kebahagiaan mereka,maka terjadinya kita...membesar di dalam rahim ibu selama sembilan bulan...dibawa kemana-mana...bergantung makan dan minum dari si ibu...jika tanpa cinta,mahukah si ibu menanggung berat melebihi 3kg untuk kita?si bapa pula, kerana cinta,sanggup berhabis wang,tenaga dan masa memenuhi kehendak ibu yang mengidam...jika tanpa cinta,mahukah si bapa berhabisan kerana kita?kemudian terlahir kita kedunia...dengan kesakitan yang ditanggung ibu...kerana cinta,ibu relakan...si bapa sibuk menguruskan segalanya...sehingga kita selamat dilahirkan...alangkah indahnya perasaan si bapa melihat anak kecil itu dari benih cintanya...teruja...lalu berazam untuk memberikan anak segala yang dipinta...juga kerana cinta...lalu kita meniti usia semakin membesar dengan cinta...

Dan...cinta lain datang untuk kita...indah...utuh...sangat bahagia...sangat mempersona...walaupun celanya ada,namun cinta menidakkannya...lalu kita larut dalam dakapan cinta...meniti hari-hari terindah dengan si dia...tanpa terduga badai melanda...dan cinta itu pergi...sakit,bukan...lalu kita berkata,diriku tak perlukan cinta lagi!!!

Benarkah begitu?

Sayangnya...cinta yang Tuhan ciptakan adalah cinta terindah...kenapa perlu menidakkannya kerana kelukaan kita?ya,kita terluka...sangat dalam...sangat perit...namun adilkah untuk kita membuang rasa untuk bercinta...ya...kali ini kita tersilap menilai cinta...mungkin bagi kita,itulah cinta terindah..tetapi tidak dari Tuhan...pasrah walau payah...redha walau susah...dia bukan tercipta untuk kita...

Dan cinta lainnya tak pernah kunjung padam...cinta dari ibu...bapa...dan Tuhan,terutamanya...hargai cinta...dan jangan sesekali menyatakan bahawa...aku bahagia tanpa cinta...kerana kemingkinan anda bukan manusia...that's it...daaaaaaaaaaaaaaaa....

Rindasahara:tenggelam dalam cinta...nasib baik tak lemas...:D

Saturday, May 7, 2011

kala cinta

haluuuuuuu...sorry darling suma...dah lama cik rinda tak menyawang dekat sini...busy tahap gaban sekarang ni...dengan pelbagai benda nak diuruskan dan minta perhatian...si lappy ni pon kadang-kadang aje buka...terperosok dia di sana...huhuhu...tak apa...janji dapat menyawang sekejap ni...orait leee...jom menyawang sama-sama...

Beberapa hari lepas rindasahara menerima panggilan dari seorang sahabat rindasahara...bercerita mengenai luahan hati dan jiwanya...sebagai pendengar yang setia (kononnya...) rindasahara pon mendengar ajelaa...apa pada hal...huhuhu...namun ada beberapa perkara yang rindasahara ambil iktibar dari luahan perasaan si sahabta rindasahara ni...antaranya apabila dia meluahkan perasaan tidak puashati dengan permintaan melampau si kekasih hati untuk mendirikan mahligai bersama...tapilaa kan...pada rindasahara ada pro dan kontranya...

Alkisahnya si GF sahabat rindasahara ni merupakan penuntut di sebuah IPTA yang paling ramai student kat Malaysia ni...okaylaa...dah penat belajar sampai ijazah...demand dia pun mesti tahap budak ijazah kot...hello cik abang, emak saya nak beranakkan saya tak mudah ye...dahlaa tu...membesarkan anak perempuan dia ni dah berguni-guni beras habis...tambah dengan nak beli barangan sekolah...hantar belajar tinggi-tinggi...jadi berbaloi ke kalau cik abang sayang nak bayar 1k sebagai hantaran?...darlingku, kalau meminang anak dara tahun 70 an dulu bolehlaa kamu bagi 1k...sekarang ni 1k buat tambang minyak beli barangan perkahwinan pun belum tentu cukup...RON95 pun dah RM 2.90 seliter tahu...kenudian, waktu merisik, bertunang semua pakai duit pihak perempuan dulu...takkan nak hidang emak ayah awak datang dengan biskut kering cap ping pong cecah air masak sejuk kot...semua tu pakai duit...duit sape?duit pihak perempuan laa...belum comfirm kan...waktu nikah pulak...kenduri nikah kahwin takkan nak hidang benda yang sama...kalau kamu bayar 1k memang itulaa hidangannya...kambing seekor mentah-mentah pon dah 1k...then, takkan nak hidang roti cecah kari kambing?...belum kira bab hantaran, sewa kanopi...cincin batal air sembahyang...bla...bla...bla...1k tu taruk celah gigi aje...

Tapi yang kontranya...takkan nak demand sampai berpuluh-puluh ribu kot...siap tempah rumah banglo 14 bilik dengan kereta ferrari 2m full payment sebagai hadiah perkahwinan...itu tahap gaban punya tak munasabah akal...cik adik sayang...ingatlaa...yang kita demand tu bakal suami kita...jangan fikir nak grand waktu nikah kahwin lepas tu bankruptcy tahap cipan...anak-anak semua tak cukup makan...cakap sayang kan...tapi ni nampak macam sayang duit dia aje...minta seadanya ajelaa...takkan nak membuli si cinta hati sampai dia tak sanggup nak bayar kan...jangan begitu sebab kita akan hidup dengan dia...apa-apa boleh dia buat...'kau dah habiskan duit aku masa kahwin dulu...terimalah akibatnya...' pasti kata-kata ni yang paling kita tak nak dengar kan...huhuhu...

Apa-apa pun...bagi rindasahara...tak salah nak berdemand...tapi ikut kemampuan di dia kesayangan hatilaa...kalau dia memang sah-sah tauke balak tahap tan sri...tak ada masalah kau nak berdemand...ini setakat kuli makan gaji...tak perlulah nak minta sampai beribu riban...walaupun kita mungkin keluar sebagai graduan dan nilai terendah bagi seorang 'graduan' adalah 10k...takkan nak letak sampai 20,30k kot...10k pun dia dah tercekik nak mencari...be concernlaa...tak perlu menuruti nafsu....sekian celoteh rindasahara...daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

rindahasara:alahai emak kahwinkan dia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...