Wednesday, May 11, 2011

Diriku tanpa cinta

Ermmm...hari ni rindasahara nak menyawangkan diri lagi...kelihatan sudah teruk si rindasahara ni menjadi blogger...tak apalaa...dan kali ni rindasahara nak membawa semua pembaca menjengah...let's check it out...

Diriku tanpa cinta...kedengaran agak sadis dengan perkataan ini...apakah cinta di dunia ini telah mati sampai cik rinda ni nak mempersoalkan mengenai cinta...tidaklah begitu...apa yang rindasahara ingin katakan di sini...mampukah kita berdiri tanpa cinta?adakah kita mampu menerusi kehidupan ini tanpa cinta...jika anda katakan ya...jawab pertanyaan rindasahara ini...adakah anda dijadikan tanpa cinta dari ibu dan bapa?membesar di dalam rahim ibu tanpa cinta?lahir kedunia tanpa cinta?meniti usia tanpa cinta?jika anda katakan YA...check balik diri ada...benar anda manusia?

Sebermulanya kita...dari cinta ibu dan bapa...tidak kira apa taraf kita...kita adalah pemenang cinta ibu dan bapa...dalam kebahagiaan mereka,maka terjadinya kita...membesar di dalam rahim ibu selama sembilan bulan...dibawa kemana-mana...bergantung makan dan minum dari si ibu...jika tanpa cinta,mahukah si ibu menanggung berat melebihi 3kg untuk kita?si bapa pula, kerana cinta,sanggup berhabis wang,tenaga dan masa memenuhi kehendak ibu yang mengidam...jika tanpa cinta,mahukah si bapa berhabisan kerana kita?kemudian terlahir kita kedunia...dengan kesakitan yang ditanggung ibu...kerana cinta,ibu relakan...si bapa sibuk menguruskan segalanya...sehingga kita selamat dilahirkan...alangkah indahnya perasaan si bapa melihat anak kecil itu dari benih cintanya...teruja...lalu berazam untuk memberikan anak segala yang dipinta...juga kerana cinta...lalu kita meniti usia semakin membesar dengan cinta...

Dan...cinta lain datang untuk kita...indah...utuh...sangat bahagia...sangat mempersona...walaupun celanya ada,namun cinta menidakkannya...lalu kita larut dalam dakapan cinta...meniti hari-hari terindah dengan si dia...tanpa terduga badai melanda...dan cinta itu pergi...sakit,bukan...lalu kita berkata,diriku tak perlukan cinta lagi!!!

Benarkah begitu?

Sayangnya...cinta yang Tuhan ciptakan adalah cinta terindah...kenapa perlu menidakkannya kerana kelukaan kita?ya,kita terluka...sangat dalam...sangat perit...namun adilkah untuk kita membuang rasa untuk bercinta...ya...kali ini kita tersilap menilai cinta...mungkin bagi kita,itulah cinta terindah..tetapi tidak dari Tuhan...pasrah walau payah...redha walau susah...dia bukan tercipta untuk kita...

Dan cinta lainnya tak pernah kunjung padam...cinta dari ibu...bapa...dan Tuhan,terutamanya...hargai cinta...dan jangan sesekali menyatakan bahawa...aku bahagia tanpa cinta...kerana kemingkinan anda bukan manusia...that's it...daaaaaaaaaaaaaaaa....

Rindasahara:tenggelam dalam cinta...nasib baik tak lemas...:D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...