Thursday, December 30, 2010

Kecuali CINTA...


Hebahlah kemana mahumu…
Tunduklah sepenuh rasa milikmu…
Bumi bertuah ini…
Sentiasa memberi restu…

Perkelanaan ini membawa dirimu…
Meneroka…jauh…
Kembara secangkir ilmu milik ILAHI…
Di sini terpancar gemilang…

Pergilah…kenali rakan taulan…
Pergilah… kenali badai metropolis…                                                    
Biar riakmu menyapu awan…
Biar lambaimu merentasi laut…

Utuhkan diri…demi kasih ILAHI…
Teguhkan diri…demi kasih famili…
Pegunkan diri…demi kasih sahabat sejati…
Pasakkan diri…hatimu milikan Yang Maha Tinggi…

Carilah apa yang kau impi…
Intan…permata…waima mutiara asli…
Jelajahi segenap inci…
Kenali seluruh hati…

Namun…ingatlah…
Walau pencarianmu tak bertepi…
Carilah semuanya…
Kecuali CINTA….

Sunday, December 26, 2010

Sandaran Kasih...

Pagi itu...
Sang cinta menyapa lalu...
Menyegarkan setiap rasa...
Sehingga ke hujungnya...

Pagi itu...
Damainya terindah...
Terungkap dari nadi cinta...
Memberi seadanya...
Menerima seutuhnya...

Maafkan diri ini...
Kerana sandaran kasih ini...
Enggan bertemu di paksinya...

Saturday, December 18, 2010

Jangan Pinta Cintaku...

Jangan pinta cintaku...
Andai kau tak mampu setia...
Sedari cinta berputik...
Sehingga mekar bebunga kasih...

Jangan pinta cintaku...
Andai kau meminta melebihi cintaNYA...
Kerana cinta itu kekal abadi...
Milikan Yang Maha Tinggi...

Jangan pinta cintaku...
Andai ku enggan menyerahkannya...
Bukan ku tak sudi memberi cinta...
Tetapi ku masih mengejar cita...

Dan ku pinta...
Hanya sebuah ketulusan hati...
Bersadur keikhlasan cinta...
Tanpa dusta...
Kerana cintaku bukan milikan sebarang jiwa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...