Saturday, December 18, 2010

Jangan Pinta Cintaku...

Jangan pinta cintaku...
Andai kau tak mampu setia...
Sedari cinta berputik...
Sehingga mekar bebunga kasih...

Jangan pinta cintaku...
Andai kau meminta melebihi cintaNYA...
Kerana cinta itu kekal abadi...
Milikan Yang Maha Tinggi...

Jangan pinta cintaku...
Andai ku enggan menyerahkannya...
Bukan ku tak sudi memberi cinta...
Tetapi ku masih mengejar cita...

Dan ku pinta...
Hanya sebuah ketulusan hati...
Bersadur keikhlasan cinta...
Tanpa dusta...
Kerana cintaku bukan milikan sebarang jiwa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...