Tuesday, April 12, 2011

fasa cinta

Erm...sekarang ni rindasahara sibuk dengan tugasan-tesis,presentation,hantar banyak-banyak assignment...wah...memang penat dan tak cukup tidur sejak berminggu yang lalu...sibuknya cik rinda ye...huhuhu...konon-kononlaa macam sibuk...sebab dalam kesibukan sempat juga mencorat coret ye...


Okay...sambung entry arini...walaupun kadang-kadang(selalunya) lari dari tajuk...tak apalaa...as long as rindasahara cuba menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat...huhuhu...bercerita mengenai fasa cinta kali ni...rindasahara cuma nak berkongsi apa yang rindasahara sudah pelajari sejak di bangku sekolah tadika lagi...sepanjang kehidupan yang dilalui,rindasahara banyak memepelajari dari pengalaman...pengalaman sepanjang jalan mengajar rindasahara erti cinta sebenar...kembara cinta takkan pernah berhenti...dahulunya rindasahara tak pernah mengakui hakikat cinta yang ada...namun kini,hakikat cinta itu jelas di depan mata...siapa sangka budak kecil ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading...budak kecil yang hanya tahu berangan-angan kini melihat cita-cita bakal menjadi kenyataan...

Rindasahara ni asalnya dari keluarga biasa...emak cuma bekerja ladang...ayah pula tukang kebun kat sekolah...kehidupan sederhana je...walau begitu tetap gembira...nak merasa makanan mewah tu jaranglaa...kalau makan nasi berlaukkan ayam tu dah kira sangat-sangat mewah...dulu kat rumah tak ada peti ais macam rumah kawan-kawan lain...tak ada mesin basuh...rumah pun simple je...cukup sekadar menjadi tempat berteduh...sekolah pun di sekolah biasa...tiada laa sekolah berasrama penuh...cuma sebuah sekolah harian biasa...tapi rindasahara gembira di sana...mengenali semuanya,guru-guru,rakan sekolah...mengenali erti kasih sayang...erti cinta...

Untuk rindasahara sendiri...dimana kita disekolahkan itu bukan ukuran sebenar kejayaan kita...yang penting adalah ketekunan dan effort kita...sepandai mana pun mereka yang pandai...tanpa usaha tak kemana...cuma usaha mereka tidaklaa seperti usaha rindasahara yang terpaksa bertungkus lumus belajar...orang pandai selalunya usaha sedikit namun kejayaan mereka berganda...

Jadi untuk mereka yang sederhana saja macam rindasahara ni...siapa cakap kita tak boleh berjaya...segalanya atas usaha kita...dalam fasa kehidupan ini...kita perlu berjuang...di fasa remaja...fasa dewasa...dengan umur rindasahara yang mungkin di awal kedewasaan ini...fasa unur yang dilewati adalah fasa setiap cinta...samada kita mahu menghargainya sebagai sebuah ukuran...mahupun mahu mengabaikannya sebagai sebuah jaminan masa depan...terpulang kepada kita dalam menentukan arah tujuan...rindasahara memilih untuk berada di sini...dan rindasahara berada di sini...apa pilihan kita....

Rindasahara:suka bercerita tentang masa lalu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...