Sunday, April 10, 2011

dari mana datangnya cinta...

"Tak apa...aku ni mulut je jahat...tapi hati baik..."
"Mulut je laser...tapi dia okay je..."

Selalu kan kita mendengar kata-kata begitu...rindasahara pun tak tahulaa nak tafsirkan secara positif atau negatifnya...segalanya berpusat dari kata-kata...terlahir cinta...mungkin kita boleh menerima pendapat ini...tetapi dari perspektif lainnya,rindasahara kurang bersetuju dengan kata-kata begini...kenapa...sebab kata-kata kita cerminan hati kita...setiap bait kata yang terlafaz di bibir adalah yang datangnya dari hati dan fikiran kita...hati merasa...minda mentafsir...dan bibir berbicara...rindasahara jenis yang gila-gila bahasa...mencerminkan bahawa cik rinda ni jenis yang berperangai gila-gila...selamba dan punya mulut yang memang longkang kalau me'laser' orang...cerminnya untuk hati...sudah menerangkan bahawa cik rinda ni boleh tahan jugalah tahap ke'laser'an hatinya...

Imej juga mentafsirkan siapa kita...kita mahu dikenali sebagai yang baik...berimej baiklaa...tapi ada juga orang yang 'pro' dalam merosakkan imej...erm...yang tu memang rindasahara tak mahu cakaplaa...lu pikirlaa sendiri...tapi kadang-kadang kecil juga hati dengan mereka yang begitu...berimej baik...tapi cara pula tak kena...kadang-kadang membuatkan orang lain berkecil hati dengan perlakuannya..kita memang berhak berkata-kata...tapi sensitiviti orang juga kena jaga...kita hanya menafsirkan apa yang ada dalam fikiran kita mengenai perlakuan seseorang...tak semestinya dia selalu bersembang di telefon a.k.a bergayut maknanya dia tak pernah study kan...mungkin itu salah satu cara untuk hilangkan stress dia ke...kita hanya tahu cakap...ini budak tak study...ada pepatah mengatakan 'don't judge a book by it's cover'...lihat dulu isi di dalam...baru nak mengkritik pun...ini tak...siap dicanang 1 kampung plak tu...ish...ish...ish...

Persepsi itu yang utama...pada rindasahara...tak ada manusia melakukan sesuatu tanpa sebab kan...cuma manusia yang melihat macam kita-kita ni bercakap macam-macam...

Rindasahara:apa-apa laa...janji rock!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...