Thursday, April 14, 2011

Cintai tubuh kita...

Kali ni rindasahara nak berkongsi beberapa fakta mengenai tubuh badan kita...ada yang rindasahara dapat dari internet,pembacaan...tidak kurang juga dari sistem pesanan dari mulut ke mulut...huhuhu...let,check it out!!!


~ Adalah hampir mustahil bagi seorang manusia untuk menjilat sikunya sendiri...tak percaya?cubalaa...huhuhu...


~ Tahukah kita...ukuran lilit pinggang kita adalah sama dengan 2 kali ganda ukuran lilit leher kita...sebab tulaa orang dulu-dulu akan ukur pinggang seluar menggunakan leher...huhuhu...


~ Juga ukuran panjang kaki adalah sama dengan ukuran panjang lengan dari pergelangan lengan ke siku...pasni ukur kasut pakai lengan jelaa...huhuhu...


Jika semua salur darah dalam tubuh kita dicantumkan,ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 KM...sepanjang lebuhraya utara-selatan... mungkin... huhuhu...


~ Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita...ehem2...patutlaa kebanyakan lelaki langgar je lampu isyarat merah kan...just kidding...huhuhu...


~ Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam...berapa banyak sedutan itu...huhuhu...


~ Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter...lebih kuat dari pancutan air pili bomba tepi jalan tu...


~ Kita hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir;selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal...waaa...memang excellent otak kita nih!!!


~ Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung...dan kekuatan bersin mampu mengeluarkan mata kita dari soketnya!!!


~ Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat...waaa...sangat laju loo...


~ Usus kita menghasilkan satu lapisan lendir (mukus) pada setiap dua minggu. Jika tiada lapisan baru terbentuk, kerana penyakit atau sebagainya, pelbagai asid yang dihasilkan oleh perut akan melukakan lapisan usus kita...betapa 'tajam' asid perut kita...

Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi menyejukkan badan

Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka kita ye...huhuhu...

Air liur kita dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar...juga penawar terbaik apabila terkena gigitan serangga...caranya hanya menyapu air liur kita pada tempat yang terkena gigitan itu...

okay...ini untuk perkongsian kali ini...lain kali kita berkongsi lagi...daaaaaaaaaa....

Rindasahara: kalau ter'auta' minta maaf ooo...huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...