Tuesday, April 19, 2011

beban cinta

Kali ini rindasahara nak bercerita...ish cik rinda ni...tak habis-habis dengan ceritanya...membawa topik beban cinta...ermmm...sejauh mana cinta itu membebani...dan kenapa beban itu kita tidak pernah mengeluh...

Cinta itu diberikan Tuhan sebagai anugerah terindah...dengan cinta kita tidak merasa beban yang terpikul kerana cinta...seberat mana pun beban yang terpaksa digalas...namun kerana cinta semuanya nampak ringan...kerana cintakan ilmu pelajar sanggup terbeban dengan pelbagai tugasan yang diberikan...walaupun ada kalanya bagai dihempap batu konkrit...tak apa...kerana cinta pada ilmu...semua itu bagaikan sekeping kertas yang melayang je...ringan...tak terasa bebanannya...cuba pelajar tersebut tidak menyintai ilmu...pastinya tugasan yang diberikan amat membebankan...wah...rasa mahu saja meletupkan kepala mereka yang memberi tugasan itu...huhuhu...tak apa...buat saja...asalkan penuh...cukuplah...huhuhu...

beza orang yang menyintai dan tidak menyintai...dapat dilihat dari pelbagai sudut...namun yang pasti...jangan tersalah memilih beban untuk cinta...

rindasahara: tiada cinta tiada beban...so...tak mahu terbeban tak perlu bercinta...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...