Saturday, February 23, 2013

cedera jiwa

haluuuuuuuuuuuuuuu...rindasahara menyawang lagi...sambil merehatkan diri di hujung minggu yang boleh tahanlaa ini...let's check it out...

Batu-baru ni rindasahara dengar radio di pejabat untuk meredakan tekanan di pejabat kan...dan deejay radio tersebut membicarakan mengenai masalah obsesi pada manusia...haaa...makanya dengan psychologist yang memang expert dan memahami masalah obsesi ini rindasahara pun nak tumpang semangkuk untuk memasukkan entry kan...hehehe...

Pernah antara kita mempunyai obsesi terlampau?jika ditanya pada rindasahara...jawapannya YA..rindasahara akui rindasahara mempunyai obsesi terhadap sesuatu...apakah sesuatu yang diobsesikan oleh rindasahara itu?

Percaya atau tak...rindasahara obses untuk KURUS dan KEKAL KURUS!!!

Kenapa?kenapa ia berlaku pada rindasahara...puncanya...jiwa rindasahara sudah tercedera..cedera yang mungkin parah sehingga memberi kesan yang sangat...sangat...sangat mendalam...ini kerana hati rindasahara tidak cukup kuat untuk menampan semuanya...apa yang perlu ditampan?jom kita mengimbau kenangan lalu rindasahara...

Sedari kecil,rindasahara adalah seorang yang berisi...boleh dikatakan sejak lahir lagi berat dah 4.2kg...terus mambesar dan membesar sebagai seorang yang berisi...gemuk...dan montel...dan semua di sekeliling rindasahara memanggil dengan gelaran 'si montel' 'si debab' 'ayam daging' dan macam-macam lagilah...haha...mungkin senyuman dan ketawa selalu diberikan oleh rindasahara apabila mereka memanggil dengan panggilan sedemikian...tapi dalam hati siapa tahu kan...setelah banyak sangat tahun dipanggil dengan gelaran sebegitu...rindasahara nekad untuk 'menghapuskan' gelaran-gelaran itu dari mereka...hahahaha*sambil ketawa jahat*

Kini...taraaa...dari berat 60 kg...sekarang cuma tinggal 43 kg...dan rindasahara berhasrat untuk menurunkan lagi berat badan ni tetapi dihalangi oleh Incik H...so terpaksalah maintain je..ada seorang sahabat rindasahara kata rindasahara ni ada gejala anorexia!!!tapi bukan di tahap yang membimbangkan..erkkk...apa-apa lah...tapi rindasahara bersyukur kerana rindasahara tidak mengambil sebarang supplement atau apa-apa ubat untuk kurus...cuma rindasahara mengawal makan dan melakukan senaman secara kerap yang setanding dengan apa yang rindasahara makan untuk 'membakar' lemak yang tidak diperlukan...hehehe...

Apa-apa pun...permulaanya...bak kata psychologist tersebut...ia bermula dari persekitaran...kerana persekitaran yang mendesak untuk pesakit yang cedera jiwanya macam rindasahara ini bertindak sedemikian...dan  pengajarannya kita di sini...permulaanya adalah dari keluarga...jika keluarga sendiri memulakan 'labelling' ini...maka sekeliling turut terpengaruh...betapa besar pengaruh keluarga di sini...jadi kepada para ibu,bapa,bakal ibu dan bakal bapa...peranan sebenar pada KITA...KITA yang membentuk anak-anak...dan ia sangat mempengaruhi perkembangan psikologi seseorang manusia...mungkin pada kita sebagai keluarga,alah...setakat cakap dia 'montel' takkan ada apa-apa pun...ini adalah kesilapan pandangan KITA...trauma dari kecil amat memberi kesan kepada perkembangan personaliti seseorang...dan sila take note!!!wah..rindasahara berceramah kan...haha...

Namun..ini bukanlah cara rindasahara menuding jari menyalahkan semua yang memanggil rindasahara sebegitu...seperti yang rindasahara katakan sebelumnya...ia datang dari kelemahan diri rindasahara sendiri yang tak kuat menyerap segalanya..dan jiwa manusia juga berbeza-beza...ada yang lain menjadikannya lebih kuat...dan ia bergantung pada kognitif atau pengawalan minda kita sendiri...

okay...cukuplah bebelan setakat ini...adiossaaaaaaaaaaa...

Rindasahara: saya masih gemuk =_="...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...