Haluuuuuuuuuuuuuu semua...saja nak menyawang lagi setelah beberapa minggu ni sibuk menghadiri walimatul urus cousin...wahwahwah cik bang cousin rindasahara yang hot tuuu dah kahwin...rindasahara bila lagi?haha...semua bersepakat bertanya kerana kebanyakan cousin yang sebaya dah sibuk melayan anak...haha...sabar2...giliran itu akan tiba...cuma sedang memperkukuhkan material untuk membina rumahtangga...hehehe...alasan klise kan...
Okay...bukan itu cerita yang rindasahara nak jaja pada hari ni...sebab cerita itu langsung tiada kaitan...okay...terus ke cerita rindasara ni...di sini ada 2 cerita yang rindasahara nak kongsikan...
CERITA 1
Rindasahara menghadiri dinner department rindasahara di Setia City Mall...bagi mereka yang tinggal di area Setia Alam,Shah Alam dan Klang akan tahu betapa besar dan bagaknya mall baru yang sophisticated ni..rindasahara pun berjanjilah dengan Incik H untuk jemput rindasahara di MPH di dalam bangunan besar ni...lama menunggu sampai rindasahara pun start resah tapi Incik H tak muncul-muncul kerana tersesat dalam kebesarbagakkan shopping mall ni..hambik kau siapa suruh buat mall besar-besar kan...tiba-tiba rindasahara terdengar ada suara yang memanggil nama rindasahara...rupa-rupanya rakan sepejabat yang juga dalam perjalanan ke tempat parking...apa yang lebih mengharukan...mereka bukan hanya menegur...tetapi yang hero-hero yang berempat ni sanggup menunggu dan salah seorang dari mereka meng-offer-kan telefon untuk rindasahara menghubungi Incik H memandangkan handphone rindasahara dan-dan tu gak nak meninggal kan...mereka menunggu rindasahara di situ sehinggalah Incik H sampai sampai kemudian barulah mereka beredar meninggalkan rindasahara ke tempat parkir...
CERITA 2
Rindasahara sudah terlewat masuk opis dek kerana menunggu parking yang dihalang oleh lori-lori yang selamba badak aje parking di depan parking yang kosong untuk kereta staff kan...halooo...boleh tak bergerak sikit ke parking yang dah berkereta supaya kami-kami yang kat belakang ni dapat parking???ini tak,dengan selamba badak aje dia buat muka sardin...nak tunggu kami ni cakap baru nak alihkan lori kan...apakah???dalam keadaan mood pagi yang separuh spoil rindasahara pun berjalanlah laju-laju ala-ala pelari rentas desa memandangkan sudah lewat nak masuk opis kan...dengan keadaan jalan yang basah kerana hujan dan rindasahara hampir saja terjatuh kerana kasut yang licin dan tercabut...ada pula suara-suara sumbang mengejek dan mentertawakan ridasahara yang dah macam perempuan meroyan je kan...bertambahlaa bengangnya kita ni kan...sakit pulak hati kita ni...haish..
Dari kedua-dua cerita ini...
Apa yang rindasahara cuba katakan di sini adalah respond kita apabila melihat orang lain di dalam kesusahan..cerita 1 membawa respond positif yang menunjukkan ada antara kita yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakan kita...namun,cerita 2 mungkin bukan suatu contoh yang sepatutnya kita jadikan teladan yang baik...mungkin ia satu jenaka senda pagi pada kita,namun bagi orang yang melaluinya ia satu masalah yang amat memberatkan..atuyai...inikah mentaliti kelas dunia yang kita cuba ketengahkan???
Apa-apa pun...ia bermula dari dalam diri kita...seperti rakan sekerja rindasahara tersebut,mereka mungkin terasuh dengan sifat pelindung (protective) yang membuatkan mereka merasakan rindasahara perlu dilindungi dan perlu memastikan rindasahara dalam keadaan selamat...mungkin juga mereka melihat pada fizikal rindasahara yang mempunyai kekurangan dari banyak sudut membuatkan mereka rasa terpanggil untuk melindungi...dan suara-suara sumbang itu juga melihat pada fizikal rindasahara yang kecil ni dan sepatutnya ditertawakan dan diejek...cubalah yang lalu itu adalah seorang perempuan cantik taraf supermodel...mereka mungkin juga akan menghulurkan bantuan demi beliau kan...
Apa-apa pun...rindasahara tak berhak menghakimi di sini...walaupun terharu pada cerita pertama dan geram pada cerita kedua...kedua-dua cerita ini mempunyai iktibarnya yang tersendiri...yang baik jadikan teladan...yang buruk buang jauh-jauh...sekiannn...adiossaaa...
Rindasahara: Mencari calon suami terbaik...(kaitan dengan post???)
No comments:
Post a Comment