Wednesday, September 29, 2010

rentetan kenangan...

kali ini ku ingin keluar sedikit dari kepompong sastera yang sering kuserikan di ruangan ku ini...apa yang ku ingin kongsikan ini hanyalah sekadar sebuah renungan untuk dijadikan panduan bersama...kisaran cerita ini bermula di zaman kecilku...malu juga ketika mengingati zaman kecilku...biasa...tiada biasan selebihnya...dengan kurniaan Tuhan, diberikan ku peluang untuk belajar dan terus belajar...bersambung di peringkat persekolahan menengah, bakatku mula digilap...sehari ke sehari...dari seorang yang biasa, ku bertatih menjadi seorang pemimpin...syukur,biasan kepimpinan dari nenek moyangku terdahulu terpantul kepadaku...dalam mengejar cita...ku hampir rebah di sisi cinta...dan fitrah Tuhan itu benar...tidak selamanya ku berada di awangan...tiba masa ku kembali ke lapangan sama...enggan selesa dengan lapangan sedia ada...ku bidik sasaran ke mercu jaya...pada hemat mereka...ku cuma biasa..ya...cuma insan yang terlalu biasa...lantaran itu ku hanya dipandang sebelah mata...biasalah...wanita tanpa rupa tiada kemana,bukan...lalu ku pasakkan hati...kerana kekurangan itu juga menjadi pembakar semangat untukku terus mengejar cita yang hampir lebur kerana sisipan cinta...dan kini...ku tidak mengetahui dimana akhiran episod kehidupan ini...yang lalu menjadi sejarah...kini menjadi pemangkin masa depan...kepada sekalian junior dan adik-adik ku semua...anda bertuah kerana anda masih mampu mengubah segalanya...sedang kakak mu ini...semua itu hanya menjadi rentetan kenangan...:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...