Tuesday, December 6, 2011

Harga sebuah ilmu..

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua...apa khabar...hari ni rindasahara naka merepak lagi...pasal apa pulak ye tajuk ni macam pelik je...jom...check it out....

*nota:identiti dirahsiakan atas sebab-sebab yang wajar...:D

Ini adalah coretan seorang remaja perempuan yang sedang mengambil peperiksaan awam di negara kita...rindasahara memang ringan je nak komen...tak perlu...cari je pakwe yang kaya-raya, gaji ribu riban,ajak dia nikah...sepanjang hayat jadi surirumah tangga sepanjang masa...

Rindasahara sedikit tersentak dengan status ni (sedikit ke hapa nak terkeluar biji mata dari soket kot tengok status dia!)...terpikir...inikah kepincangan sistem pendidikan kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan?rindasahara juga tidak menyukai peperiksaan...kerana peperiksaan akan membuatkan rindasahara tertekan dan tension...nanti tumbuhlah jerawat subur di muka rindasahara yang cumil ni...huhuhu...apa kata kita buat stail pendidikan yang lebih efektif...tidak terlalu bersandarkan pada peperiksaan...ini tak,suma nak tengok periksa...pandai ke tak, tengok keputusan periksa dia...nak tengok cerdik ke kurang,keputusan pereksa dia...perkara pertama ditanya,result pereksa macamana?serius rasa ko nak 'ni makan dia' ke thok???tak ke terfikir...kalau dibuatnya waktu periksa demam ke...tak dapat berfikir dengan baik...otak jammed sampai tangan kedada, mata keatas sudah jadinya...masih nak salahkan keputusan periksa saya tak okay ke?masih si emak-emak nak marah si anak ke?tak pandai macam anak jiran sebelah?jangan begitu,makcik...dia dah berusaha...cuma takdir tidak menyebelahinya...sekurang-kurangnya berkatnya ada...huhuhu...rimas kot orang membebel result macam haremmm kan?kan?kan?walaupun saya sendiri yang menghancurkan result saya...jadi nak salahkan siapa?gomen?emak bapak?cikgu cikgi tak pandai mengajar?

Okaylah,blog rindasahara bukan blog politik yang berbicara mengenai kepincangan tu...cuma apa yang rindasahara nak ketengahkan di sini...kata-kata beliau yang menulis status diatas ni...beliau remaja yang berusia muda,yang masih panjang perjalanan kehidupannyanya...peperiksaan awam itu hanya sebahagian dari rencah hidupnya...dan sebahagian dari masa depan beliau juga ditentukan oleh keputusan peperiksaan tersebut...rindasahara percaya,beliau tak demam mahupun sakit kerana masih boleh post status ni...dan mungkin itu cara beliau melepaskan tension yang ada...rasa post macam kamu ni menunjukkan kamu tak berapa cerdik pon ada jugak dik non...

Termenung rindasahara membacanya...fikiran rindasahara melayang mengingati memori sewaktu zaman muda-muda dulu...mungkin zaman kita tak sama dik, tapi tak banyak beza...rindasahara tahu...rindasahara tak cukup cantik,cumil sikit-sikit je...famili juga bukan famili kaya-raya dengan duit berkepuk-kepuk dalam bank...rindasahara orang susah...orang yang tak berduit...orang yang selalu mengikat perut kerana susah...rindasahara nak keluar dari kepompong ni...dan yang boleh membantu hanya ILMU...ilmu yang menjamin masa depan rindasahara...rindasahara tengok beliau ni pun cantik dan mungkin dari kalangan golongan sederhana dan elit...jadi semua tu mungkin tak begitu penting untuk beliau...hidup senang makan kenyang...tak apalah...rindasahara rasa nak pecah biji mata kot time sama muda dengan kamu...study macam nak rak...bukan target tinggi pon...dapat masuk form 6 pon jadilah (nampak sangat kamu tengah ambil SPM ye dik....)...tapi study memang all out...sanggup bancuh nescafe pekat malam-malam tak nak tido nak study punya pasal...punya gila kan...sampai sekarang dah jadi caffeine addict tau tak?huhuhu...ingat senang rindasahara nak berada di sini?dengan otak spesies kura-kura terancam ni...banyak benda perlu dikorbankan...banyak cinta yang dibuang...dan banyak kepedihan yang menerjah...semata-mata kerana nak pandai...belajar tinggi-tinggi...

Tak apa...nanti bf i ambil i jadi isteri i jadi housewife dia...dia kan kaya-raya...

Bravo dik!memang kaulah manusia paling bertuah di dunia ni...sebab bakal bersuamikan orang yang kaya raya...nanti kau duduk rumah goyang kaki...makan tanggung b*r*k cangkung...tepukan gemuruh untuk kamu dik...kalau dia tiba-tiba tertinggalkan kamu pula nanti macamana ye...makan kaya jelah hari-hari ye...sekarang ni suma memandang sijil...nak jadi pembantu rumah pon ada diploma sekarang...lainlah kalau kamu ada syarikat sendiri...sekarang jugak dah bersepah-sepah orang ada master...kalau setakat sijil SPM kamu yang separuh laku tu ada orang nak pandang...ada ijazah pon terumbang ambing nak kerja...tolonglah jangan bermimpi di siang hari,mengharapkan langit sentiasa cerah dan cantik...dibuatnya ribut petir+taufan+tsunami datang melanda,camne tu???

Apa-apa pun...itulah harga sebuah ILMU...sebab tu rasa pahit...ilmu bukan murah...dan ganjaran memiliki ilmu juga bukan calang-calang...ilmu baik yang dicanang akan menjadi pahala berganda-ganda untuk kita...di dunia kita dihormati,di sana kita diberkati...itu darjat orang berilmu...ilmu tak cukup dengan hanya pandai tulis dan baca...tak cukup dengan berfikir dan mengira...ilmu itu maha luas...tanpa batas...tapi jika permulaannya sudah ini keluhannya...jadi bagaimana kesudahan sebuah kembara ilmu ini?

Mungkin beliau belum nampak apa yang pasti di depan...tanpa ILMU...

rindasahara:TANJAT BOBOI...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...