Monday, October 10, 2011

Setulus cinta


“Ros Alinda!”


Aku terkejut. Shahir sudah berdiri di hadapanku. Mata kami bertentangan. Dan aku akui, sehingga kini aku masih tidak mampu bertentangan mata dengan Shahir. Dia mencapai tanganku. Aku hanya membiarkan. Enggan melawan...

“Abang cintakan Alin...”

Ku lihat matanya masih berkaca. Aku menyeka airmataku. Memandangnya dengan sebuah senyuman kelat. Enggan bersuara. Shahir mengucup tanganku perlahan.

“Abang cintakan Alin...”

Hanya itu yang terkeluar dari bibirnya. Aku memandang jauh. Dengan keluhan berat. Cukuplah, aku enggan terluka lagi.

“Shahir...terimalah hakikat yang kita tak ada jodoh. Jodoh kita setakat itu saja...”

“No!”

“Saya dah tak ada perasaan lagi pada awak, Shahir.”

“Tipu!!!”

“Shahir...”

“Abang nak Alin!!!”

“Shahir, terimalah...”

“Tak!!!”

“Shahir!!!”

Aku mula meninggikan suara. Shahir terdiam. Airmatanya masih berbaki. Aku melepaskan keluhan berat. Sukar menangani masalah hati dan perasaan ini. Lebih sukar dari masalah di hotel.

“Segalanya telah saya terangkan dalam mesej terakhir yang saya kirimkan pada awak. Semuanya jelas, kan. Saya tak nak ulang lagi.”

Kulihat wajah Shahir seakan tidak berpuashati. Shahir, tidak pernah berubah. Kemanjaannya dan kedegilannya terkadang membuatkan diriku lemas. Adakalanya lucu juga dengan kelakuannya.

“Alin perlu jelaskan pada Abang. Apa salah Abang. Abang setia dengan Alin. Abang nak jadikan Alin isteri Abang. Semua Abang dah cakap pada Alin...”

Aku tersenyum sinis. Barangkali Shahir masih belum sedar. Atau aku yang terlalu mengikut hati. Aku melepaskan gengaman tangan Shahir setelah sekian lama dia meraih tanganku.

“Awak tak pernah buat salah. Tak ada. Cuma saya yang salah. Saya yang terlalu berdegil. Saya yang terlalu keras hati.”

Aku malas lagi melayani. Aku mengatur gerak. Tiba-tiba aku merasakan diriku dipeluk dari belakang.

“Abang rindukan Alin”

Aku meronta-ronta. Shahir masih memelukku. Kejap.

“Apa awak buat ni! Lepaskan saya!”

Pelukan Shahir terurai. Aku membetulkan kemejaku. Wajahku merah padam.

How dare you!”

Shahir terpinga-pinga. Menikus melihat aku mula menyinga. Sungguh, perlakuannya mencabar maruahku.

“Abang minta maaf...abang...abang tak senjaga. Abang terlalu rindukan Alin.”

“Awak tetap tak ada hak nak buat macam tu pada saya!”

Wajahku mencuka. Shahir tunduk. Mengakui kesilapannya yang gagal mengawal diri. Aku enggan memandang. Amarahku masih bersisa. Aku berlalu.

“Alin, dengar dulu penjelasan Abang...”

Aku enggan menoleh. Berkali-kali aku menepis tangannya yang sedaya-upaya cuba meraih tanganku. Melangkah laju ke hotel tanpa mempedulikannya lagi.

“Asha, lelaki tadi check in berapa lama?”

Asha membelek buku pendaftaran pelanggan.

“Seminggu, Cik Ros.”

Aku tersenyum.

“Terima kasih, Asha.”

Aku melangkah ke pejabatku. Terus ke bilik. Shahir, kedatangannya tanpa undanganku. Sesungguhnya, aku enggan melewati masa lalu. Cukuplah dengan keperitan yang kulalui selama ini. Aku menoleh apabila mendengar Yahoo Messengerku berbunyi.

Buzz!!!
Yanti: alang, bulan depan adik nikah.alang balik x?

Aku menekan kekunci.

Ross: alang sibuk! x balik.duit kenduri ckup x?alang dah mskkn 5k dlm akaun ibu.
Yanti: kenapa alang x balik.dah lama alang x balik

Aku mengeluh. Satu persatu masalahku hari ini.

Ross: sibuk.

Aku enggan melayani lagi. Entah dari mana adik mendapat alamat Yahoo Massengerku, aku tidak pasti. Aku mengeluh berat. Bukan aku tak suka mereka menemuiku. Bukan akau tak bahagia berhubung dengan mereka. Namun jiwa ini terlalu luka. Parut di hati mampu bernanah kembali. Aku meneliti diariku minggu ini. Deringan telefon mengangu konsentrasiku.

“Ros.”

Aku menyambut sopan.

“Ros okay?”

Aku tersenyum sendiri.

“Abang Zam. Ros okay.”

“Makan tengahari dah siap. Marilah ke dapur. Abang tunggu Ros.”

“Ros tak lapar, bang.”

Terdengar keluhan di hujung talian.

“Baiklah. Tapi kalau dah lapar nanti turun je. Okay?”

“Baik.”

Aku meletakkan gagang telefon. Chef Zam. Terlalu mengambil berat akan diriku. Risaukan diriku. Sedang dirinya masih membujang. Terlalu memilih, terjemahku. Tersenyumku mengenangkan dirinya...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

            Aku berjalan keluar dari pejabat. Ketika jam sudah merangkak ke pukul lapan malam. Sempat aku bertegur sapa dengan pekerja hotel syif malam di lobi.

“Balik dulu, Imran.”

Imran tersenyum.

“Hati-hati, Cik Ros.”

Aku menggangguk. Terus berjalan ke parkir kereta.

“Lewat balik...”

Aku terkejut dengan sapaan satu suara. Pantas aku menoleh. Shahir sudah berada dibelakangku.

“Kuat bekerja. Pekerja cemerlang...”

Aku memandang Shahir dengan pandangan paling dalam.

“Awak tak perlu sibuk dengan urusan saya, boleh tak?”

Aku ingin berlalu.

“Terlalu suka menipu dan memendam perasaan, kan. Sudahlah. Alin yang dulu takkan pernah berubah.”

Aku memejamkan mata. Kenapa dirinya terlalu berkeras kali ini.

“Apa yang awak nak?”

Pertanyaanku mengundang senyuman di bibirnya.

“Abang nak Alin kembali kepada kami. Tu saja. Kembali pada Abang.”

“Kembali untuk dikecewakan...lagi?”

Pertanyaanku mengundang kejutan pada dirinya.

“Abang pernah kecewakan Alin?”

Aku tersenyum sinis. Shahir setia menanti jawapan dariku. Aku mengeluh panjang.

“Dalam bilik awak ada cermin. Pergi tengok di sana.”

Aku berlalu sedang Shahir memanggil namaku tanpa jemu...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

            Tuhan, dugaan apakah ini. Aku meraup tangan ke muka setelah selesai berdoa. Sesudah lima tahun berlalu baru mereka mencariku? Setelah aku stabil dengan karier dan kehidupan. Aku melipat telekung dan sejadah. Menggantungkannya di penyidai. Aku mengambil tempat di meja kerja. Membuka laptop. Membaca emel yang dikirim. Emel mengenai kerja. Dan emel dari Kak Dee. Aku membuka dan membaca sepintas lalu...

........................................................................................................
To                               : lyndaros@gmail.com
Cc                               : antasyalina@yahoo.com
Subject                                    : Salam
Alang, apa khabar? Jadi balik ke nanti? Semua bertanyakan pasal Alang. Ibu pun tanya samada Kak Dee ada berhubung dengan Alang tak. Kak Dee tak sampai hati. Shahir juga sedang menjejaki Alang, atas permintaan ibu. Kalau masih sayangkan keluarga kita, alang baliklah. Semua menanti kepulangan alang. Kami tahu, alang merajuk dengan kami. Alang berkecil hati. Ibu memang menerima elaun bulanan dari alang, tapi ibu mahukan alang di sini. Baliklah dik, semua merinduimu.
Kak Dee
......................................................................................

            Aku termenung membaca emel Kak Dee. Aku belum bersedia untuk itu. Aku tak mahu luka lama ini bernanah kembali. Cukuplah dengan kiriman elaun kepada ibu setiap bulan. Tanganku menaip balasan dari emel Kak Dee

..........................................................................................
To                               : antasyalina@yahoo.com
Cc                               : lyndaros@gmail.com
Subject                                    : W’salam
Tak balik. Sibuk. Kalau tak cukup belanja kenduri cakap.
Ros Alinda.
.............................................................................................

Anggap sahaja diriku sudah tidak wujud dalam keluarga itu. Ia lebih membahagiakan. Masih terngiang-ngiang di telinga ini betapa aku dipandang sebelah mata...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

            Aku termenung merenung air putih yang kuambil. Memikirkan masa depan yang masih tidak menentu. Masih terkapai-kapai di awangan. Tawaran dari Hotel SandCastle masih bermain di fikiran. Hotel lima bintang yang menjanjikan pulangan lumayan. Namun aku perlu berjauhan dengan keluarga. Aku membetulkan kedudukan apabila melihat ibu memasuki dapur.

“Alang nak ke bandar, boleh ibu?”

Ibu menoleh. Memandangku bulat.

“Dah dapat kerja? Kerja apa? PTD?”

Aku mengambil masa menyusun ayat. Memberitahu mengenai tawaran yang kuterima adalah jalan terakhir yang akan kulakukan.

“Alang nak cari kerjalah. Mana tahu rezeki alang di sana.”

Ibu berdiri di hadapanku. Seakan tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan.

“Ibu dah cakap, ambil KPLI. Jadi cikgu. Kenapa kau ni degil sangat? Susah sangat nak ikut cakap ibu?”

Kata ibu separuh herdik. Aku tahu, dalam kalangan adik beradik, akulah anak yang selalu membangkang kata-kata ibu. Mungkin aku terdidik sebagai anak merdeka oleh arwah ayah, dan autoriti menjadi prinsipku.

“Ibu... alang cuma nak cari pengalaman baru.”

Ibu tersenyum sinis. Memberikan cabaran.

“Pengalaman baru apanya. Kalau kau kerja kerajaan, stabil. Ibu senang. Tengok sekarang, setiap bulan ibu dapat je duit bulanan dari Along, Angah dan Kak Dee. Kau? Dua bulan sekali pun susah...”

“Sebab tu alang nak ke bandar...”

“Sebab tu aku suruh kau masuk KPLI! Kenapa degil sangat?”

“Ibu nak suruh Alang jadi macam Angah? Yang tak pernah ikhlas mengajar anak murid dia? Selalu menungut?”

“Kau ni tak menjawab kata-kata aku tak sah!”

Aku terdiam. Malas bertegang leher dengan ibu. Aku mencuci cawan dan masuk ke bilikku. Penat dengan segalanya. Tanpa sedar airmataku tumpah...

“Alang dah isi borang KPLI?”

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Angah menuangkan air kopi ke dalam cawan.

“Kau ni belajar je tinggi. Tapi otak tak ada. Orang nak bagi kau senang, tahu tak?”

“Senang dengan makan gaji buta?”

Wajah Angah merona merah. Berang dengan kenyataanku.

“Kau ni memang kurang ajar. Bongkak pula tu. Dasar tak kenang budi!”

Aku memandang Angah. Kami tak pernah sebulu. Dari dulu sehingga sekarang. Asyik bercakaran. Tak pernah rapat. Tak pernah berbaik walaupun sesaat.

“Kau tak ada kat rumah ni lebih aman. Menyusahkan saja!”

“Okay. Seperti yang diminta...”

Aku berlalu meninggalkan Angah sendirian. Enggan menyambung pertengkaran dengan Angah. Namun kata-katanya terkesan di hati...

‘Kau tak ada di rumah ni lebih aman...Menyusahkan saja!’

Mungkin mereka lebih bahagia tanpa aku di sini. Aku mula memikirkan sesuatu...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

Pagi nan ceria. Kerjaku tetap sama. Indahnya hanya aku yang memahaminya. Misi hari ini perlu dilunaskan. Itu targetku pada hari ini. Walaupun aku merasakan diriku kurang sihat. Ah, persetankan semua. Sakit ini, semakin dilayan semakin manja. Semakin menjadi-jadi. Aku melangkah ke lobi hotel.

“Pagi Cik Ros. Cik Ros tak sihat?”

Aku tersenyum memandang Idham.

“Pagi. Saya okay.”

“Cik Ros nampak pucat.”

Aku tersenyum. Perubahanku disedari olehnya.

“Saya okay. Don’t worry. Dah sarapan?”

Idham mengganggukkan kepala. Aku memandang jam di tanganku.

“Okaylah, Am. Saya masuk pejabat dulu.”

Aku sedikit tunduk dan berlalu pergi. Menunggu di hadapan lif. Kepalaku mula rasa berat. Tuhan, ujian apa lagi yang Kau berikan ini. Bertahanlah, untuk kesekian kalinya aku meyakini diri. Aku mampu bertahan. Aku mencari jika ada ubat penahan sakit yang kubawa bersama. Hampa. Seusai pintu lif terbuka aku terus menerpa ke dalamnya. Tiada orang. Aku menekan ke tingkat 4. Kepalaku semakin berdenyut-denyut. Tanpa sedar aku hilang pertimbangan. Dalam keadaan separuh sedar, aku mendengar satu suara memanggil...

“Alin!!!”

Hanya itu yang kedengaran...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

            Aku terasa dahiku diusap oleh seseorang. Hangat tangannya menenangkan aku. Terasa sebuah kucupan hangat singgah di dahiku. Aku membuka mata. Kak Haleda memandangku dengan senyuman yang terukir.

“Kak...”

Kak Haleda mengangguk. Terasa sungguh kesedihannya melihat aku terlantar di katil hospital.

“Macamana boleh jadi macam ni dik...”

Aku tersenyum. Lemah. Kak Haleda membetulkan selimutku.

“Penat...”

Hanya itu yang terluah di bibir. Kak Haleda menggelengkan kepala.

“Kak dah cakap jangan terlalu kuat bekerja...”

“Tapi saya perlu mencari wang.”

“Wang tak menjamin apa-apa dik...”

“Saya perlukannya...”

“Awak tipu...”

Aku terkejut mendengar suara garau menyampuk dari arah belakang. Shahir masih berpeluk tubuh disebelah Kak Haleda.

“Ros, Encik Shahir yang ternampak Ros tak sedarkan diri dalam lif tadi.”

Aku menganggukkan kepala.

Thanks...

Shahir mengusap rambutnya. Mamandangku dengan perasaan yang sukar untuk aku mengertikan.

“Degil tak habis...”

Aku hanya mendiamkan diri.

“Kak, boleh saya bercakap dengan Ros sebentar...”

Pintanya sopan. Aku menoleh. Kak Haleda mengganggukkan kepala.

“Kak tunggu di luar sebentar.”

Shahir mengambil tempat Kak Haleda setelah Kak Haleda melangkah keluar.

“Lima tahun Abang cari Alin. Lima tahun. Dan Alin begini?”

Aku memandang tepat ke mata Shahir.

“Apa yang awak cuba sampaikan sebenarnya, Shahir?”

Shahir menarik nafas panjang. Memandangku yang sememangnya degil sedari dulu.

“Kalau awak datang ke sini untuk menyakiti hati saya, tolonglah pergi. Kedatangan awak membuatkan diri saya lebih terbeban.”

Kulihat dirinya terdiam. Tersinggung barangkali. Aku menarik selimut dan membelakangi dirinya. Selama bersamanya dulu aku terlalu mengalah. Tak mengapa, untuk sebuah cinta. Namun tidak kini.

“Saya nak rehat.”

Shahir menghela nafas panjang.

“Ros Alinda Mohamad. Saya akui kesilapan saya membiarkan awak selama ni. Lima tahun saya merana tak mampu membayar pengorbanan awak pada saya. Saya mementingkan diri, kerana memikirkan awak akan baik untuk itu. Tapi percaturan saya adalah kesilapan terbesar saya, yang hanya saya sedari setelah awak hilang tanpa khabar berita. Maafkan saya. Dan apa yang perlu awak tahu, saya akan menyintai dan menunggu awak sampai bila-bila. I love you so much...

Kedengaran serak suara Shahir. Aku menoleh. Sejak Shahir berada di sini, airmatanya bagaikan tiada harga. Keegoannya runtuh keseluruhannya. Aku pula yang terlalu ego mempertahankan diri. Tuhan, dosanya aku membiarkan insan yang kusayangi menderita keranaku.

“Saya dah maafkan awak. Sejak lama dulu.”

Shahir meraih tanganku yang berselirat dengan wayar. Dikucup berkali-kali. Aku menahan kesakitan kerana jarum di dalamnya seakan mencucuk diriku.

“Sakit.”

Shahir menghentikan perbuatannya.

“Maaf, sayang.”

Dia mengusap kepalaku. Seakan mahu mengucup. Namun aku mengelak.

It’s not yours.”

Shahir tersenyum. Aku memandangnya tepat ke matanya.

“Nanti akan jadi Abang punya. Selama-lamanya.”

Aku tidak menjawab. Mengalihkan pandangan ke arah langsir. Shahir seakan menyedari perubahan diriku.

“Kenapa?”

“Kita takkan jadi kan. Hubungan kita kalau disambung takkan kemana.”

Shahir mengerutkan dahi.

“Maksudnya?”

“Saya takkan tinggalkan bumi bertuah ini.”

Shahir tersenyum.

“Abang pun akan berada di sini bersama Alin. Abang sudah dipindahkan ke sini. Sejak minggu lalu.”

Aku membeliakkan mata. Tidak mempercayai kata-kata Shahir. Dan Shahir ketawa lepas.

“Kita akan nikah. Serantak dengan adik.”

Aku menggelengkan kepala.

“Tak ada persediaan...”

Shahir tersenyum. Aku semakin keliru. Apa yang cuba disampaikan oleh Shahir sebenarnya? Aku masih menunggu jawapan.

“Kita balik. Sebab tu Abang nak kita balik sama-sama. Semua keluarga Alin merindui Alin. Semua mengakui kesalahan mereka tidak memberi kepercayaan kepada Alin. Kita balik ye sayang...”

Kata-kata Shahir bagaikan penghilang dahaga di tengah sahara. Menenangkan. Perlahan aku mengangguk sedang Shahir menadah tangan tanda kesyukuran...

~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

            Aku bersiap-siap ingin ke pejabat. Dalam pada masa yang sama mengingati apa yang masih belum selesai di rumah. Kemas rumah, menyidai pakaian di ampaian, menyediakan makan pagi dan tengahari. Segalanya telah selesai. Shahir masih lena dalam dengkurannya. Selesai solat Subuh, dia terus memanjat katil. Minggu ini Shahir bekerja syif malam. Waktu siang adalah waktu untuknya merehatkan diri. Aku mendapatkan Shahir yang mengeliat malas.

“Abang...”

Shahir membuka mata.

“Cantiknya bidadari Abang...”

Shahir ingin menarikku bersamanya. Aku menolak lembut. Meletakkan jari telunjukku di bibirnya lembut.

“Abang, sayang nak pergi kerja.”

Shahir mengalihkan tanganku ke dadanya. Mata kami bertaut. Sinar bahagia terpancar dari mata redup milik Shahir.

“Okay. Kerja elok-elok. Jangan nakal-nakal...”

Belum sempat ayat terakhirnya dihabiskan aku meraih bibirnya. Tak ingin mendengar Shahir berbicara macam-macam. Igauannya masih tersisa. Sebelum menjadi parah biar aku mematikannya dulu. Biar dirinya kembali ke alam nyata.

“Sayang pergi dulu.”

Aku tersenyum. Shahir menggangguk sambil membetulkan tudungku.

“Pandu kereta elok-elok...”

“Okay. Semua sayang dah siapkan. Nanti jangan tak makan pula.”

Aku mengingatkan. Shahir mengangguk.

“Baik sayang. Dah kenyang rasa perisa strawberi kat bibir ni.”


"Nakal..."

Aku mengucup tangan Shahir. Dia mengambil kesempatan mengucup dahiku. Aku berjalan meninggalkan Shahir di bilik. Sedang aku memanaskan enjin kereta, telefon bimbitku berbunyi mesej.

‘Pandang ke atas’

Aku mendongak. Shahir mengintaiku dari tingkap bilik kami. Memberikan flying kiss untukku. Aku tersenyum. Shahir, bagai nama, begitulah orangnya. Romantik dan penuh rasa cinta. Baginya, sekali menyintai akan dimiliki sampai bila-bila. Aku membalas flying kiss yang diberikan...setulus cinta yang ada untukku...
~~~~~~~~~~~~~(****)~~~~~~~~~~~~~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...