Tuesday, November 15, 2011

Watch out girls!!!

Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua...tajuk hari ni gempak ye rindasahara...tak apa...cuma nak berkongsi idea terutama dengan wanita...sekarang pelbagai kes keganasan wanita yang terjadi dalam kehidupan seharian kita kan...jadi di sini rindasahara mahu berkongsi sedikit tips mempertahankan diri terutama bagi wanita yang di cop sebagai kaum yang lemah (sukahati ayam je diorang ni kan)...secara semulajadinya wanita perlu dilindungi oleh lelaki...namun,ada kalanya wanita dijadikan tempat untuk mereka melepaskan kemarahan,nafsu dan sebagainya...dan sebagai wanita,apa yang perlu kita tahu bukanlah hanya ilmu mempertahankan diri,namun kita juga perlu tahu serba sedikit kelemahan penyerang kita...menurut cikgu martial art tempat rindasahara belajar, opponent kita mampunyai beberapa kelemahan...antaranya...

1) Mata.
Bahagian ni memang sangat sensitif, tak kira bagi lelaki atau perempuan. Caranya?cucuk mata penyerang kita jika punya peluang! nampak simple tetapi sangat berkesan. Namun harus dilakukan dengan kesanggupan yang tiada batasannya...

2) Gigi
Gigi ni bukan gigi penyerang,tetapi gigi kita. Gunakan peluang menggigit di mana-mana bahagian badan mereka. dan seperti biasa,nekad adalah perlu...

3) Ibu jari
Ibu jari juga salah satu kelemahan yang jarang diketahui. Jika berkesempatan, pulas ibu jari melawan arah atau pulas ke belakang. Ini juga salah satu cara orang yang mengetahui seni mempertahankan diri mempertahankan diri.

4) Bawah telinga
Ini kawasan bahaya. Jika kita kena pada tempatnya, orang itu akan lemah. Dan jika terlebih kena, akan mambawa maut! Bahagian bawah telinga hingga ke bawah rahang adalah kelemahan yang mampu mengakibatkan malapetaka pada si penyerang. Kita boleh memilih samada mahu menghentak dengan siku (menyiku) dengan tangan (menumbuk) atau 'chopper' iaitu melayangkan tangan ke tempat tersebut (ala-ala taekwondo gitu).

5) Ulu hati
Bahagian terakhir tulang selangka ini adalah kelemahan penyerang kita. Tak perlu menggunakan sepenuh kekuatan kita,memadai dengan mencucuk dengan keseluruhan jari (membuat ala burung) kearah tersebut. Jika mampu, tumbukan padu kearah tempat tersebut mengundang senak pada penyerang.

6) Pinggang (anggaran 1 jengkal dari pusat)
Cuba test cara ini kepada abang, ayah, adik lelaki dan suami. Cubit di bahagian pinggang mereka. Mana-mana lelaki akan menunduk dan mengerang sakit. Jadi, dalam keadaan terdesak juga, ini boleh digunakan,samada menyiku/menendang/menumbuk/ atau mencubit bahagian berkenaan sekuat hati.

7) Lutut
Percayakah kita, kelemahan utama lelaki adalah pada lutut mereka. Kita boleh menyepak lutut mereka sekuat hati dan jika berkesempatan dan nekad, kita boleh menekan belakang pelipai lutut penyerang. Dengan ini mereka akan melutut tanpa dapat bangun lagi...

Bawalah apa-apa yang boleh mempertahankan diri...
Kita juga boleh membawa 'senjata' bersama...senjata bukanlah bermaksud pisau atau pistol, tetapi apa saja yang ada bersama kita boleh dijadikan senjata...payung, buku,surat khabar,minyak wangi jenis semburan,botol air...semuanya boleh dijadikan senjata...cuma kita kurang periksa mengenainya...waima sebatang pen pun boleh dijadikan senjata untuk kita...

Lawan untuk pertahanan,bukan untuk membalas dendam...
Jangan salah gunakan apa yang rindasahara kongsikan ni...ia sepatutnya digunakan pada masa-masa kecemasan,dan bukan tujuan untuk suka-suka...praktisnya boleh dilakukan sendiri,atau dengan bantuan yang lebih pakar...jika dalam silat juga,guru silat akan mengingatkan bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk menunjuk-nunjuk dan menimbulkan rasa riak...Tuhan pun tak suka itu,dan pertolongan dari Tuhan adalah sangat penting menghadapi situasi begini...

Apa yang penting dalam situasi begini,BERTENANG dan memikirkan cara untuk mempertahankan diri...dengan izin Tuhan, ilham akan datang secara spontan,dan mungkin juga ada orang bernama Ilham akan membantu kita...

Itu sebahagian dari tips yang boleh rindasahara share...tetapi harus diingat,walau kita tahu segalanya,tanpa izin Tuhan,kita takkan melakukannya. Jadi sebelum keluar rumah, berdoalah kepada Tuhan semoga perjalanan kita dilindungi olehNya selalu,pergi dan balik...bagi yang Muslim,bolehlah membaca ayat Kursi dan ayat pendinding sebelum melangkah keluar rumah...semoga kita semua dilindungi oleh Tuhan sentiasa...itu lebih utama...

Sekian perkongsian rindasahara untuk kali ni...daaaaaaaa....

Rindasahara:lindungi kami,Tuhan...:D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...