Monday, March 14, 2011

Cinta sakura...kami bersamamu...

Sedih...hampir menitis airmata saya melihat mereka di bumi Jepun terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan dari Tuhan...gempa bumi dan tsunami melanda negara matahari terbit pada 11 Mac 2011 cukup terkesan di hati...bagaikan sejarah tsunami di lautan Hindi berulang...namun ia lebih dahsyat dari itu...jika di lautan Hindi kita merasai kesannya dengan tsunami...kali ini lengkap berpakej...gempa bumi beserta tsunami...tambahan pula dengan loji nuklear yang meletup kesan dari gegaran gempa...alangkah mereka diuji sedemikian rupa...

Melihat kepada negara bumi sakura ini...diri saya merasakan kekaguman yang luar biasa...semangat mereka...pengurusan dan teknologi yang mereka ada...semuanya membuatkan saya teruja apabila bercerita mengenai Jepun...semangat perpaduan dan kerjasama mereka dapat dilihat dari 5S pengurusan kualiti...yang kini sedang diamalkan di Malaysia...sangat mengagumkan...dari segi pengurusan...mereka tetap memenangi tempat terbaik...pengurusan cekap dan sangat bersistematik...dari segi teknologinya...teknologi yang sangat mengagumkan...namun apa yang lebih saya ingin tekankan bahawa tebaran kasih sayang sesama mereka...kerana sayang mereka bersatu...kerana sayang mereka bangga membuat kerja amal...mungkin itu perlu dipelajari oleh rakyat Malaysia...teringat pada cerita seorang pensyarah yang baru pulang dari negara matahari terbit itu...bagaimana mereka mencuci premis perniagaan...bukan sahaja premis yang dicuci...malah seluruh persekitarannya...kita...premis saja dicuci....persekitaran jadi tempat sampah sarap...sikap dan mentaliti mereka jauh lebih baik dari kita...tidak hairan mereka mampu maju walaupun bergelut dengan radiasi selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki...bagaimana mereka mampu menjadi negara membangun dalam tempoh kurang sedekat?kita perlu banyak belajar dari Jepun....

Sebagai seorang yang mahu menebarkan rasa cinta di sekelilingnya...saya dengan rasa rendah hati menyatakan...
Bumi Sakura...Kami Bersamamu...saya amat yakin dengan tebaran cinta mereka...mereka mampu menghadapi segala apa rintangan yang datang...Tuhan tidak menduga apa yang tidak kita mampu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...