Saturday, March 19, 2011

Lafaz yang tersimpan...

Lafazkan apa yang tersimpan untuk dirimu menzahirkan rasa yang tersurat dan tersirat...dirimu berhak bahagia dengan perasaan itu...kenapa perlu menghukum diri dengan perasaan yang tidak terlafazkan?

"Saya suka dengan dia...tapi saya tidak meluahkannya...sebab saya takut dia tolak cinta saya" ujar seorang sahabat. Dia memang sayangkan seseorang,namun enggan meluahkannya...bimbang cintanya tidak diterima. Sedang dirinya terus didalam dilema,gadis pujaan dipinang orang lain. Lebih sengsara,bukan? jika dia punya sedikit kekuatan untuk meluahkan apa yang terpendam dihati,pasti dia sudah bahagia bersama insan yang disayangi. Tak mengapalah,bukan jodoh mereka bersatu...

"Saya cintakan dia sepenuh hati...tapi saya tak mampu mengatakan itu padanya...akhirnya dia meragui cinta saya..."seorang lagi sahabat meluahkan rasa hati.Kerana enggan meluahkan rasa,akhirnya dirinya dicurigai."Tapi saya dah tunjukkan segalanya,buktikan segalanya bahawa saya cintakan dia" saya cuma tersenyum.Enggan membantah,enggan juga mengiyakan.Pelbagai ragam menganai rakan saya rakamkan.Mungkin kerana merasa rahsia mereka selamat bersama saya.Ada yang meminta pandangan,tak kurang yang hanya sekadar berkongsi.

Saya punya emak.Semua orang punya emak.Tanpa emak,takkan lahir kita didunia.Setipa kali sebulum talian telefon diputuskan,emak selalu berkata...
"I love you..."
"Selamatlah anak emak..."
"Success"
"Jaga diri..."
Semua itu seakan menjadi rutin setiap kali kami berhubung.Lafaz 'I love you' cukup keramat.Petanda kita menyayangi dia...petanda kita sangat mencintai...merindui...tiga perkataan ini 'saya cinta kamu' mampu membuat kita lemah...lafazkan sepenuh hati...dengan rasa...pastinya jawapan 'saya cinta kamu jua' memberi kegembiraan kepada kita...

Walau bagaimanapun,apa yang lebih utama...lafazkanlah kata-kata sayang itu.sepenuh hati,tanpa secalit keraguan...saya pasti...kita akan bahagia...

lafaz yang tersimpan menyeksa jiwa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...